
TOYOTA BAGI IMEJ BAYANGAN SUV ELEKTRIK BARU, LANCAR MAC 2025
Jika anda imbas kembali pada tahun 2022, anda mungkin teringat sebuah coupe crossover elektrik yang daripada Toyota yang dipanggil konsep bZ Compact SUV. Malah kereta konsep ini turut dipertonton semasa Beijing Autoshow 2024.
Berita baiknya ialah kereta konsep itu akan menjadi realiti pengeluaran dan Toyota i mengesahkan ia akan mendedahkan kereta elektrik serba baru pada 11 Mac (12 Mac waktu Eropah). Toyota turut mendedahkan satu foto bayangan SUV dan video yang samar-samar, tetapi sudah cukup mmembuktikan bahawa ia adalah konsep 2022 yang dihidupkan.
Ia menunjukkan bentuk SUV dengan elemen fastback yang anggun dan bahagian belakang yang melengkung serta fender hadapan. Garis bumbungnya direka dengan rendah tapi mengekalkan jarak kelegaan yang tinggi dengan permukaan jalan. Toyota itu juga menjanjikan ruang kabin yang luas, selesan dan mendakwa ia akan mempunyai daya tarikan emosi yang kuat di bahagian dalaman kabin.
Toyota tidak menyebut nama crossover itu, tetapi berdasarkan laporan baru-baru ini ada kemungkinan besar ia tidak akan dinamakan bZ kerana besar kemungkinan perkataan bZ akan digantikan dengan nama model yang lebih menarik dan senang untuk dipasarkan
Walaupun tidak banyak maklumat yang diperolehi berdasarkan gambar yang didedahkan Toyota pernah mengeluarkan spesifikasi model prototaip 2022 SUV Kompak bZ berukuran panjang 4540 mm dan tinggi 1560 mm . Jika versi pengeluaran mengekalkan nombor tersebut, ini bermakna mode terbaru SUV elektri Toyota ini datang dengan ukuran 152 mm lebih pendek dan 90 mm lebih rendah daripada Toyota bZ4X.
Tiada angka kuasa atau kapasiti bateri diberikan untuk model konsep itu tetapi model konsep SUV elektrik Urban Cruiser baharu Toyota, yang bersaiz lebih kecil daripada crossover baharu, mempunyai pilihan pek bateri 49 kWj dan 61 kWj.
Ia ditawarkan dengan pilihan satu motor elektrik, versi pacuan roda hadapan bagi klon Suzuki e-Vitara menghasilkan yang 142 hp (106 kW / 144 PS) dengan bateri kecil dan 172 hp (128 kW / 174 PS) dengan yang bateri lebih besar, manakala bagi varian 2 motor elektrik akan meningkatkan jumlah output kepada 182 hp (135 kW / 184 PS).



