Buletin

TOYOTA CAMRY 2022. CBU THAILAND, ENJIN DYNAMIC FORCE 2.5L, 209PS. BERMULA RM199K 

UMW Toyota Motor akhirnya melancarkan Toyota Camry versi dipertingkatkan secara rasmi ke pasaran tempatan. Tempahan boleh dibuat bermula 17 Februari 2022. 

Dibina menggunakan platform Toyota New Global Architecture (TNGA). Platform tersebut menawarkan tahap ketegaran casis lebih tinggi dan pusat graviti lebih rendah untuk meningkatkan keupayaannya. Sekali gus menjanjikan prestasi pengendalian dan kuasa yang lebih baik. 

“Camry generasi ke-8 telah dilancarkan di Malaysia pada November 2018. Sejak itu, 3,000 unit telah terjual. Dengan penampilan menyerlah dan fungsi optimum, kami yakin Camry 2022 akan menjadi penanda aras dalam aspek keselesaan, kemewahan dan prestasi,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

Dari segi luaran, Camry 2022 tidak menerima penambahbaikan yang terlalu ketara. Bahagian hadapan hanya menerima kemasann perak pada gril, rim aloi dua tona bersaiz 18 inci dan perumah lampu belakang digelapkan.  

Sedan segmen D itu dipacu oleh enjin Dynamic Force VVT-iE bersesaran 2.5 liter yang mampu menjana kuasa sehingga 209PS dan tork 253Nm. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear Direct Shift 8-kelajuan yang menggantikan transmisi 6-kelajuan Super ECT sebelum ini.  

Pemandu turut dihidangkan dengan ciri paddle shifter serta tiga mode pemanduan iaitu ECO, Normal dan Sport. Dari segi penggunaan bahan api pula, Camry menawarkan penjimatan mencecah 6.8 liter bagi setiap 100km. 

Ruang kabin Camry 2022 diserlahkan dengan skrin bersaiz 9 inci bersama ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto. Nikmati apa jua lagu kegemaran anda dengan sembilan unit pembesar suara JBL dan subwoofer. 

Bagi memberi lebih keselesaan, penumpang belakang boleh membaringkan atau menegakkan penyandar tempat duduk, melaraskan sistem pendingin udara tiga zon dan tabir suria menerusi butang pada konsol tengah yang lengkap dengan tempat meletak minuman. 

Antara ciri keselamatan terkini Camry termasuklah Toyota Safety Sense(TSS) dengan Pre Collision System (PCS)   dan Dynamic Radar Cruise Control (DRCC) yang kini boleh mengesan pejalan kaki dan penunggang basikal dalam apa jua kelajuan. 

Tidak ketinggalan, Sistem Pengekalan Lorong, Bantuan Penjejak Lorong (LTA), Pemantauan Titik Buta (BSM) dan rear Cross Traffic Alert dengan Brek Automatik (RCTAB). Dengan cir-ciri serba baharu seperti Sonar Penjarakan Pintar Baharu dan Skrin Pemandangan Panorama, inovasi yang dipelopori Toyota menjadi teman terbaik untuk membantu anda mengharungi jalan-jalan di Malaysia. 

Camry didatangkan dalam lima pilihan warna menarik iaitu kelabu, merah, perak, putih mutiara dan hitam dengan kos tambahan sebanyak RM800. Jentera berkenaan juga hadir dengan jaminan selama 5 tahun dan perbatuan tanpa had. 

Anda boleh memiliki Camry ini pada harga bermula RM199,109.50 (tidak termasuk cukai jualan dan insuran).  

GALERI

Google ads
Back to top button