Buletin

TOYOTA CLASSICS RAI ULANGTAHUN KE-25

Toyota Classics meraikan ulang tahun ke-25 pada November depan dengan orkestra muzik klasikal yang menampilkan beberapa pemuzik terbaik dari seluruh dunia. 

Toyota-Classics-2014-mekanika (2)

Konsert tahunan itu bermula sebagai satu program tanggungjawab sosial Toyota di peringkat serantau. Tahun ini, Toyota mengadakan Siri Jelajah Kebajikan Ulang Tahun Kali Ke-25 di bandar-bandar di Singapura, Kemboja, Filipina, Brunei, Thailand, Vietnam dan Malaysia.

Dianjurkan oleh UMW Toyota Motor, edisi tahun ini akan mengetengahkan Covent Garden Soloists Orchestra dari London, bersama virtuoso soloist Vasko Vassilev dan Pamela Nicholson di bawah arahan konduktor terkenal, Miguel Angel Navarro.

Satu persembahan malam gala Toyota Classics 2014 akan diadakan pada 11 November 2014 di Dewan Filharmonik Petronas. Ia bakal dihadiri oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

Toyota-Classics-2014-mekanika (1)

Malam gala ini bertujuan meraih dana untuk Yayasan Paru-paru Malaysia, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan serta Pertubuhan Kebajikan dan Perlindungan Nur Qaseh Malaysia.

“Perolehan daripada jualan tiket dan sumbangan korporat untuk konsert Toyota Classics sehingga kini membolehkan kami menyumbang lebih RM7 juta kepada 56 badan kebajikan,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki.

Tiket-tiket berharga RM220, RM170, RM120 dan RM60. Ia boleh dibeli di Box Office, Dewan Filharmonik PETRONAS dan akan mula dijual pada 8 September 2014. 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button