
TOYOTA COROLLA GENERASI BARU-LEBIH SPORTY LEBIH MASKULIN
Bila bercakap tentang kereta sedan segmen C, secara automatik kita akan terbayangkan dua model – Honda CIvic dan Toyota Corolla. DI nobatkan sebagai kereta penumpang terlaris di dunia, Corolla (Altis) generasi ke 11 kini sudah sampai ke penghujung pengeluaran dan model generasi ke 12 akan dipekenalkan tak lama lagi.
Di Jepun, desas-desus kehadiran model generasi seterusnya Corolla sudah mula bertiup kencang. Beberapa media di sana sudah mendapat maklumat dari sumber dalaman dan mereka menzahirkannya dalam bentul ilusi rekabentuk baru. Seperti yang dibayangkan oleh penerbitan MAG-X, inilah rupabentuk Corolla generasi seterusnya.
Jelas, ia mengambil inspirasi rekaan moden global Toyota. Garis badannya yang lebih tajam memperlihatkan pengaruh barisan baru Toyota Camry (yang dulunya nampak sangat orang tua). Corolla cuba melaras semula rekabentuk supaya lebih relevan dengan kehendak semasa, apatah lagi bagi segmen yang sepatutnyta direka sporty dan bukannya seleras seperti makcik-makcik.
Kereta ini akan dibina di atas platform TNGA-C (Toyota New Global Architecture) baru, sama seperti model CH-R dan Prius generasi baru. Platform baru ini menjadikan model-model moden Toyota lebih rendah titik gravitinya dan menjadikan pengendaliannya lebih stabil dan selesa.
Seperti biasa, varian enjin paling banyak akan diterima oleh model untuk pasaran Jepun. pasaran JDM akan mendapat enjin 1.2 turbo, 1.5L petrol dan 1.5L hybrid. Bagi pasaran global, Toyota dikatakan akan memperkenalkan buat pertama kalinya enjin dengan kerjasama BMW. Enjin yang mana? kemungkinannya ialah enjin 3 selinder 1.5L turbo disel dan juga enjin 2.0 liter petrol turbo seperti yang pernah kami laporkan sebelum ini.
BACA: COROLLA BAKAL GUNA ENJIN BMW
Bagi sebuah model paling berjaya dalam sejarah automotif moden, Corolla yang mula diperkenalkan pada 1966 kini dieksport ke 160 buah negara. Terdapat 16 kilang pemasangan Corolla di dunia yang memasang model ini dan sebagai sebuah model penting, ia perlu mengikut peredaran zaman dan kehendak pasaran.
Pada pendapat kami, ia perlu kembali sebagaimana zaman kegemilangan 4A-GE. Corolla perlu lebih sporty dan berkuasa dan pengendalian yang sporty. Jika tidak, tak mustahil, model ini akan kecundang satu hari nanti.