Buletin

HONDA MALAYSIA PERKENAL HR-V SPECIAL EDITION 1.8 L. HARGA BERMULA RM105,363

Honda Malaysia memperkenalkan model HR-V Special Edition 1.8 L yang dipertingkatkan dengan ciri terbaharu di pasaran tempatan.

HR-V Special Edition 1.8 L yang ditawarkan pada harga bermula RM105,363 dilengkapi ciri terbaharu Pengesan Titik Buta dalam memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna.

Ciri terbaharu itu menampilkan empat fungsi titik buta dan amaran kepada pemandu mengendalikan jentera edisi terhad berkenaan.

Empat fungsi tersebut merupakan informasi titik buta yang berupaya memberi maklumat kepada pemandu.

Ia turut dilengkapi Bantuan Menukar Laluan untuk memastikan keselamatan ketika hendak menukar laluan kenderaan.

Dua lagi fungsi yang ditawarkan merupakan Amaran Melintas Trafik Bahagian Belakang dan Amaran Membuka Pintu.

Selain itu, HR-V Special Edition 1.8 L hadir dengan perakam video digital, bekas simpanan ruang belakang dan organiser bahagian belakang.

Untuk keterangan lanjut berhubung HR-V Special Edition 1.8 L boleh melayari laman web honda.com.my atau kunjungi pengedar-pengedar rasmi Honda seluruh negara.

Google ads
Back to top button