Buletin

HENTIAN BAS PINTAR BANTU LINDUNGI DARI VIRUS

Pihak berkuasa Korea Selatan mewujudkan konsep hentian bas yang membantu melindungi para pengguna perkhidmatan pengangkutan awam daripada virus.

Produk terbaharu dikenali sebagai Smart Shelter itu dilengkapi teknologi tinggi yang dapat menangani masalah kesihiatan malah memastikan penantian pengguna lebih selesa.

Sebagai contoh, ia didatangkan bersama penghawa dingin dan pencahayaan ultraviolet pensterilan yang bertindak membersih udara.

Selain itu, Smart Shelter dipasang sanitasi tangan, pengecas komputer riba dan telefon pintar serta Wi-Fi percuma.

Bagaimanapun, tidak semua orang boleh memasuki Smart Shelter kerana terdapat kamera termal dipasang pada pintu masuk mencatat suhu para pengguna.

Sekiranya, suhu melebihi 37.5 darjah Celsius, pintu secara automatik tidak akan terbuka kerana pengguna tersebut bergejala sekali gus boleh menyebabkan penularan virus.

Smart Shelter turut memiliki sistem terbaharu memaklumkan jadual perjalanan perkhidmatan bas.

Bagi aspek keselamatan, terdapat kamera mengawasi setiap pergerakan di kawasan sekitar Smart Shelter.

Ia turut menggunakan panel solar sebagai sumber tenaga kepada semua teknologi ditawarkan kepada pengguna.

Sebanyak 10 Smart Shelter telah dipasang di Seoul dan beberapa pihak berkuasa menunjukkan minat mendapatkan produk berteknologi tinggi itu.

Begitupun, tidak semua mampu untuk menawarkan perkhidmatan Smart Shelter kerana dianggarkan berjumlah AS$84,000 (RM351,834). – agensi.

Google ads
Back to top button