Buletin

TOYOTA FORTUNER DITAMBAH BAIK

Dibangunkan atas konsep “Maju dan Prestij”, SUV Toyota Fortuner sekali lagi menerima penambahbaikan. Kali terakhir ia diberikan naik taraf adalah pada tahun 2011. 

2.5G TRD Sportivo

Penambahbaikan itu meliputi penggunaan rim bersaiz 17 inci berwarna kelabu gelap. Rekaan dua jejari berkembarnya bagaimanapun dikekalkan. Ruang kabin menyaksikan warna sandbeige telah ditukar dengan warna hitam bagi meningkatkan imejnya. Varian Fortuner 2.7V tampil lebih mewah dengan tempat duduk dibalut kulit bersama jahitan berwarna perak. Tempat duduk pemandunya juga boleh dilaras secara elektrik. Fortuner 2.5G pula didatangkan dengan tempat duduk fabrik.

2.7V

Kemasan pada papan pemuka, konsol tengah dan pintu telah ditukar untuk diselarikan dengan tona kabin berwarna hitam. Justeru, varian Fortuner 2.7V hadir dengan kemasan kayu berwarna hitam.

Sebagai kontras, varian Fortuner 2.5G dipasang dengan papan pemuka berwarna hitam baharu bersama kemasan perak. ISOFIX untuk meletakkan tempat duduk bayi juga dipasang sebagai satu ciri standard.

2.7V TRD Sportivo (rear)

Menurut UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMW Toyota Motor), penambahbaikan itu dibuat selepas menerima maklum balas daripada pelanggan. Lebih menarik lagi, naik taraf itu tidak melibatkan sebarang peningkatan harga.

isofix-01

Semua varian Toyota Fortuner didatangkan dengan jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

2.7V_interior 

Harga Toyota Fortuner adalah seperti berikut (di atas jalan) :

Toyota Fortuner 2.7V (P) A/T TRD Sportivo: RM182,482

Toyota Fortuner 2.7V (P) A/T: RM179,024

Toyota Fortuner (D) A/T TRD Sportivo: RM174,789

Toyota Fortuner (D) A/T: RM171,305

* Harga untuk pendaftaran peribadi, bersama insurans untuk warna metalik di Semenanjung Malaysia.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button