Pandu Uji

TUJAHAN KUASA NISSAN NAVARA

Tiada tempat lain yang lebih baik untuk memandu uji sebuah trak pikap selain di laluan berbukit dan sukar di Borneo. Faham benar dengan kesesuaian itu, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) telah menjemput sekumpulan wartawan ke Kota Kinabalu, Sabah untuk menguji sendiri keupayaan trak pikap keluarannya, Nissan Navara. 

Pic 3_Convoy flag off by Dato David Chen

Sesi pandu uji tersebut sebenarnya melibatkan dua varian Nissan Navara yang telah dinaik taraf iaitu 4WD A/T LE dan 4WD M/T SE. Ini juga bermakna, varian lain seperti Navara Manual Standard, Calibre 2WD dan King Cab tidak menerima sebarang penambahbaikan, setakat ini.

Sejak dilancarkan pada tahun 2008, Navara nyata mendapat sambutan memberangsangkan daripada pengguna di Sabah dan Sarawak. Penerimaan positif itu banyak dipengaruhi oleh reputasinya sebagai sebuah trak pikap paling berkuasa dalam kelas enjin 2.5 liter ke bawah.

2.5L Engine_Navara

Enjin diesel Common Rail dengan kod YD25DDTi itu mampu menghamburkan kuasa sehingga 174PS dan tork maksimum 403Nm. Selain varian bersesaran lebih besar 3.2 liter daripada Ford Ranger dan Mazda BT50, Navara nyata gah dalam kelasnya yang tersendiri.

Enjin diesel dengan sistem pancitan bahan api itu memang menjimatkan minyak. Enjin tersebut kemudian dipadankan dengan kotak gear lima kelajuan automatik atau manual enam kelajuan.

Pic 15

Kedua-dua varian ini tampil maskulin menerusi reka bentuk bampar baharu, ruang pengambilan udara bahagian bawah yang telah direka semula, gril krom dengan panel horizontal bersama logo Nissan dan rim jejari yang lebih menarik.

“Kami yakin penambahbaikan Nissan Navara ini mampu mengukuhkan lagi reputasinya sebagai sebuah jentera yang memang dikenali kerana kelasakannya, kemampuan meredah laluan off-road dan selesa,” kata Pengarah Edaran Tan Chong Motor, Datuk David Chen.

Pic 5

Sesi pandu uji sejauh 75 kilometer dan mengambil masa kira-kira enam jam itu dibahagikan kepada tiga bahagian. Sesi pertama lebih kepada pemanduan di atas jalan raya biasa, sebelum mula memasuki jalan sempit menuju ke lokasi di tepi sungai untuk minum petang.

Saya yang duduk di belakang dapat merasakan bahawa trak pikap ini mampu memberikan keselesaan sewajarnya. Ruang kabin yang agak luas juga membolehkan kami yang masih mengantuk sempat melelapkan mata.

Pic 16

Selepas berehat dan minum petang. Tiba giliran saya untuk memandu. Laluan yang dilalui sememangnya jauh lebih mencabar berbanding bahagian pertama sesi pandu uji. Jalan yang sempit, mendaki, berlopak dan tidak rata langsung tidak memberi peluang kepada pemandu untuk melajukan kenderaan.

Di laluan inilah tujahan kuasa enjin Navara dirasakan cukup cemerlang. Segala laluan, termasuk mengharung beberapa batang sungai kecil dapat disempurnakan tanpa sebarang masalah.  

Pic 24

Sama seperti trak pikap lain, Navara hadir bersama ciri  “Shift-on-the-Fly” yang membolehkan pemandu menukar mode pacuan roda belakang kepada pacuan empat roda dengan hanya memusingkan dial yang ada pada konsol tengah. Harus diingat, penukaran mode ini boleh dibuat ketika kenderaan bergerak di bawah kelajuan 100 kilometer sejam sahaja.

Walaupun jaraknya tidaklah terlalu jauh, namun permukaan jalan membuatkan tempoh perjalanan terasa begitu lama. Ya. Saya memang kurang sesuai dan kurang gemar memandu di laluan off-road.

Driver seat__Navara

Meneliti ruang kabin Navara, perubahan paling ketara ialah pemain audio yang telah dinaik taraf dengan unit sistem infotainmen navigasi bersama skrin sentuh bersaiz 6 inci. Ia berfungsi sebagai pemain DVD serta memiliki ketersambungan iPod, USB dan Bluetooth. Selain bertindak sebagai paparan kamera undur.

Itu sahaja. Lain-lain tidak banyak beza sehinggakan saya rasa papan pemukanya terlalu ringkas. Sterengnya juga tidak dilengkapi butang kawalan audio, satu ciri yang amat biasa untuk kenderaan pada hari ini.

Tilt Steering_Navara

Untuk bahagian terakhir sesi pandu uji. Saya kembali duduk di bahagian belakang. Memandangkan laluannya sama sahaja, barulah tahu bahawa olengan tubuh dapat dirasakan dengan agak ketara. Mujur juga jarak yang berbaki sudah tidak terlalu jauh.

Sentiasa mengutamakan aspek keselamatan, Nissan Navara dilengkapi kerangka kukuh yang dibina menggunakan dua lapisan besi regangan tinggi dan binaan Zon Badan Nissan. Lampu utama Xenon yang digunakannya pula mematuhi garis panduan JPJ bagi menawarkan pendangan lebih jelas pada waktu malam.

Pic 11

Ciri-ciri keselamatan standard lain termasuklah Electronic Brake Force Distribution (EBD), Anti-lock Braking System (ABS) dan dua beg udara Supplementary Restraint System (SRS).

Nissan Navara didatangkan dalam empat warna perak, putih, kelabu dan hitam untuk semua varian. Anda boleh memiliki Nissan Navara di atas jalan RM94,834 (model 4WD M/T SE) dan RM105,834 untuk varian 4WD A/T LE. Ia kini dibuka untuk tempahan di semua bilik pameran Nissan di seluruh negara.

Pic 8

Dalam pasaran trak pikap Malaysia kini semakin sengit, bergantung kepada satu atau dua ciri sahaja mungkin tidak cukup kuat untuk membuatkan pelanggan mahu membelinya. Apa yang pasti, pengguna sekarang mahu produk yang dibeli bernilai untuk wang. Lambakkan sahaja semua ciri yang ada. Sama ada pelanggan guna atau tidak, itu cerita lain. Betul tak?

[hr] Galeri 

Airbag_NavaraBody__NavaraGEAR_AUTO 4X4_NavaraGlove Box_NavaraMeter_NavaraNavigator_NavaraPic 1_VIPs with the Updated Nissan Navara_(L)Mr. Fung Chee Sheng, Deputy General Manager of ETCM (Sabah) Sdn Bhd_(R) Dato David Chen_Executive Director of ETCM Sdn BhdPic 2_Updated Nissan Navara at ETCM KKPic 13 Convoy of the Updated Nissan NavaraPic 6Pic 25Pic 17_Updated Navara going through the river

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button