Buletin

TOYOTA GAZOO RACING FESTIVAL, JOM KE LITAR SEPANG!

Dengan pusingan keempat Musim Kedua yang dipertandingkan di Litar Antarabangsa Sepang dan bukan litar jalanan, perjuangan untuk kejuaraan keseluruhan untuk ketiga-tiga kelas dalam Cabaran Toyota Vios dijangka menjadi lebih sengit.

Keputusan untuk mengadakan perlumbaan di litar Sepang satu yang mengejutkan kerana persaingan masih lagi terbuka.

Di dalam Promotional CLass untuk selebriti tempatan, kejohanan keseluruhan akan menjadi pertempuran tiga hala yang melibatkan pelakon Diana Danielle, penyanyi Akim Ahmad dan Nabil Ahmad.

Diana kini mengetuai kedudukan keseluruhan dengan 79 mata, dengan kedua-dua Akim dan Nabil terikat untuk tempat kedua dengan 72 mata.

Ketiga-tiga pemandu mempamerkan aksi konsisten dengan kemenangan podium dalam enam perlumbaan yang berlangsung selama tiga pusingan setakat ini.

Dalam kelas Sporting, kejuaraan menjadi rebutan empat penjuru yang melibatkan Patrick Tam dari pasukan Nanoplus, Eric Yong dari ST Wangan Racing Team, Kenneth Koh dari Panglima City Racing Team dan Brendon Lim dari Tedco Racing.

Penonton juga bakal disajikan dengan aksi Hayden Haikal yang berusia 15 tahun dengan musim lumba beliau yang pertama.

Sementara itu, pertandingan dalam kelas Super Sporting untuk profesional pula dijangka sekurang-kurangnya empat pemandu dalam perebutan kemenangan keseluruhan iaitu : Boy Wong dari ST Wangan Racing Team, William Ho dan Kenny Lee dari Kegani Racing dan Brendan Paul Anthony daripada Dream Chaser.

Brendan Paul secara kebetulan, adalah juara kelas Sporting tahun lalu dan akan berentap untuk gelaran kedua berturut-turutnya.

Dengan begitu banyak yang dipertaruhkan, pertandingan Musim 2 di Litar Antarabangsa Sepang dijangka menjadi satu yang mengujakan.

Terdapat banyak lagi aktiviti sampingan yang dijalankan seperti pameran permotoran dan sesi pandu uji kenderaan Toyota, pameran jualan, food truck serta demonstrasi drift oleh pemandu-pemandu profesional dari Jepun.

Yang paling penting. MASUK PERCUMA!

Tags
Google ads
Back to top button