
LAGENDA SEPANJANG ZAMAN – NISSAN SKYLINE R34 GT-R.
Aasalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini saya akan mengupas serba sedikit tentang sebuah lagenda hidup iaitu Nissan Skyline R34 GTR.
Jentera ini dilahirkan di Musashimurayama, Jepun pada Januari 1999. Ianya direka oleh orang yang sama mereka Nissan Skyline R33 GTR iaitu Mr. Kozo Watanabe. Sebenarnya, model Nissan Skyline R34 ini telah diproduksikan dari tahun 1993 lagi. Cuma hanya selepas produksi Nissan Skyline R33 GTR dihentikan pada tahun 1998 barulah model R34 GTR ini bermula. Maka, kalau ada yang “claim” R34 GTR mereka tahun 1997 atau 1998 sedarlah yang anda telah dikencing. Haha !
Apabila berkongsi platform dengan Skyline, maka wujudlah beberapa model bukan GTR. Model-model tersebut adalah seperti berikut dengan spesifikasi enjin.
GT – 2.0L RB20DE NEO
25GT – 2.5L RB25DE NEO
25GT-X – 2.5L RB25DE NEO
25GT-V – 2.5L RB25 NEO
25GT FOUR – 2.5L RB25DE NEO 4WD
25GT-X FOUR – 2.5L RB25DE NEO 4WD
25GT Turbo – 2.5L RB25DET NEO
25GT-X Turbo – 2.5L RB25DET NEO
Daripada 8 model diatas, hanya dua model yang menggunakan enjin dengan sistem turbo. Yang lain ? NA. Model-model ini juga menggunakan chassis seperti :-
- HR34
- ER34
- ENR34
Jadi, jika anda membeli sebuah “GTR” dan no chasis yang dipaparkan di geran kenderaan anda adalah bermula dengan kod diatas, anda telah dikencing lagi. Basahhh. Haha.
Semua model Nissan Skyline R34 GTR bermula dengan kod chassis BNR34 ye Tuan-Tuan. Tiada model R34 GTR yang mempunyai kod chassis selain BNR34.
Baiklah, sekarang, kita balik ke pangkal jalan iaitu topik utama kita. Nissan Skyline R34 GTR. Sepanjang produksi Nissan Skyline R34 GTR yang berlangsung selama 4 tahun iaitu bermula pada tahun 1999 hingga 2002, hanya 11,577 unit sahaja dikeluarkan. Angka ini adalah lebih rendah daripada model R32 GTR dan R33 GTR sebenarnya. Kenapa ? Tiada sebab khusus dinyatakan. Cuma ramai berpendapat mungkin ada kaitan dengan kegawatan ekonomi pada ketika itu.
Daripada 11,577 unit yang dihasilkan, berikut merupakan pecahan model bagi jentera ini :-
Siri 1
GTR – 2,709 unit
V-Spec – 4,193 unit
V-Spec N1 – 38 unit
V-Spec(UK) – 80 unit
V-Spec(Hong Kong) – 10 unit
V-Spec(New Zealand) – 5 unit
V-Spec(Singapore) – 10 unit
Unknown – 20 unit
Siri 2
GTR – 1,268 unit
V-Spec II – 1,855 unit
V-Spec II N1 – 18 unit
V-Spec II(New Zealand) – 2 unit
M-Spec – 366 unit
V-Spec II nur – 718 unit
M-Spec nur – 285 unit
Jumlah keseluruhan adalah 11,577 unit dimana 7,065 unit untuk siri pertama dan 4,512 unit untuk siri kedua. Hmmmmm mana Z-Tune ? Z-Tune ni anak keladi. Tak boleh dikira. Haha. Dibawah saya terangkan kenapa.
Sekarang kita pergi pada spesifikasi bagi setiap model.
𝗚𝗧𝗥
Sebagai generasi ke-5 dalam keluarga GTR, pastinya harapan menggunung diberikan model ini untuk menaikkan lagi nama Nissan di persada industri Automotif dunia pada ketika itu. Kemunculannya adalah untuk menutup mulut pengkritik yang tak habis-habis mengutuk kewujudan R33 GTR.
Jika R33 GTR dikatakan terlalu berat, terlalu gemuk, model ini sebenarnya adalah lebih gemuk dan berat daripada model R33 GTR. Berikut merupakan dimensi jentera ini :-
Wheelbase – 2,720mm
Length – 4,675mm
Width – 1,780mm
Height – 1,360mm
Curb Weight – 1,530kg
Angka tidak menipu, jelas menunjukkan yang dimensi R34 GTR ini lebih besar. Cuma itu lah. Kalau dah lawa, besar ke kecil tetap lawa. Hahaha. Buktinya, rekaan R34 GTR ini kekal relevan dan sentiasa menarik perhatian sesiapa yang memandangnya.
Namun, apalah sangat cantik kalau tidak berkuasa. RB26DETT yang cemerlang, gemilang, serta terbilang masih dipilih untuk memacu jentera ini. Diam tak diam RB26DETT ini sudah berkhidmat untuk 3 generasi GTR iaitu R32, R33 dan R34. Untuk kali ini, “valve cover” dicat dengan warna “Cherry Red” sebagai ciri asas.

Penambahbaikan yang dilakukan adalah semua model R34 GTR menerima sepasang turbo T-28 “ball bearing” sebagai ciri asas. Tiada lagi “sleeve bearing”. Tetapi bagi unit turbin ekzos masih mengekalkan material daripada seramik. Boost di set pada takat 0.7 bar.
Selain itu, ia menerima “Dual Mass Flywheel” dan juga rekaan hos dan paip penyejuk yang baru. Rombakan yang dilakukan ini bertujuan untuk memperbaiki aspek ketahanan enjin yang membelenggu model-model terdahulu. Hasilnya ? 276hp dan Torque sebanyak 392Nm. Ni cuma nilai yang diiklankan kerana mematuhi “Gentleman Agreement”. Nilai sebenar adalah 327hp.
Bahagian dalaman pula menerima ciri yang sangat menarik apabila pihak Nissan memperkenalkan Multi Function Display(MFD). MFD akan menunjukkan data-data kepada pemandu. Data-data tersebut termasuklah
- Boost
- Throttle
- Injector Duty Cycle
- Oil Temprature
- Water Temprature
Sebagai penambahan, pihak Nismo ada menawarkan unit MFD 2 dimana unit tersebut mampu menunjukkan nilai Boost yang lebih tinggi, memori simpanan yang besar dan juga “lap timer”. Unit MFD ini hanya khusus kepada model GTR sahaja. Model-model bukan GTR tidak menerima unit MFD ini.
Kita pergi kepada unit transmisi. Model R34 GTR ini menerima unit transmisi baru iaitu 6-kelajuan manual daripada Getrag berkod FS6R93A. Berikut merupakan nisbah gear bagi unit transmisi ini :-
Gear 1 – 3.827
Gear 2 – 2.36
Gear 3 – 1.685
Gear 4 – 1.313
Gear 5 – 1
Gear 6 – 0.793
Gear Gostan – 3.28
Dengan nisbah gear seperti diatas, ditambah pula dengan enjin yang berkuasa, kelajuan penuh yang dicatatkan adalah 252km/h(iklan) dan masa dari 0-100km/h adalah 5.4 saat. Iklan ? Ye, iklan. Padahal umum mengetahui bahawa jentera ini mampu memecut lebih dari 300km/h.
Bagi sistem pengendalian, jentera ini menggunakan sistem Super-HICAS iaitu sistem “4 Wheel Steering” yang dikawal secara elektronik. Bukan seperti model terdahulu yang menggunakan sistem hidraulik. Sistem ATESSA E-TS juga ditambah baik untuk mendapatkan lebih cengkaman ketika memandu.
Ketika dilancarkan, harga yang ditawarkan adalah ¥4,998,000(RM185,010)bagi siri 1(1999-2001) dan ¥5,048,000(RM186,861) bagi siri 2 sebelum cukai. Nilai ini adalah tinggi pada ketika itu. Tapi, dah namanya kereta sukan. Takkanlah murah pulak kan ?
𝗩-𝗦𝗽𝗲𝗰
V-Spec merupakan singkatan bagi Victory Specification. Produksi model V-Spec ini bermula dari Januari 1999 sehingga Oktober 2000. Bagi model ini, tiada banyak perubahan dilakukan. Ye lah, kereta dah hampir sempurna buat apa nak tambah benda-benda yang tak perlu kan. Yang ditambah adalah seperti berikut :-
- Aero Parts
- Brake Ventilation Ducts
- Diffuser
- ATESSA E-TS Pro with Active LSD
Namun, apa yang menarik tentang V-Spec ini adalah negara jiran kita Singapura membawa masuk unit baru sebanyak 10 unit. Maknanya bukan “Parallel Import”. Dan setiap edisi diberi tag khas bermula “1/10” hingga “10/10”. Harga ? Keras. Sekarang lagi keras.
Saya sendiri menyaksikan transaksi pembelian model ini baru-baru ini melibatkan harga S$500,000 ditambah dengan sebuah Subaru S205 dan juga perjanjian dimana pemilik baru jika hendak menjual jentera tersebut mestilah menjual semula ke pemilik asal. Benda susah dapat Tuan-Tuan. Tiada “overprice” atau “underprice”. Ini “Willing Seller Willing Buyer”. Bersyukurlah di Malaysia harganya masih belum seperti ini.
𝗩-𝗦𝗽𝗲𝗰 𝗜𝗜
Spesifikasi yang sama seperti V-Spec. Cuma untuk model V-Spec II ini, ia menerima perubahan seperti :-
- Unit Rotor Brek belakang yang lebih besar
- Sistem suspensi yang lebih keras
- “Carbon Fibre Bonnet with NACA Duct”
- Kerusi menggunakan kain berwarna hitam(V-Spec warna kelabu)
Kuasa ? Sama. Oh ya, model V-Spec II ini dilancarkan pada bulan Oktober tahun 2000. Dengan hanya 1,855 unit sahaja dihasilkan bagi model V-Spec II “biasa” ini, tak perlu rasanya saya hurai lagi kenapa harganya mahal. Ini permainan “ada duit pun belum tentu boleh dapat”.
𝗩-𝗦𝗽𝗲𝗰 & 𝗩-𝗦𝗽𝗲𝗰 𝗜𝗜 𝗡𝟭
Sepertimana yang kita tahu, model N1 sinonim dengan warna putih. Tidak terkecuali bagi model ini. Jentera ini dicat dengan kod warna “QM1 White”. Model N1 juga dikenali dengan “pembuangan” benda-benda yang tak diperlukan di trek seperti :-
- Tiada Penghawa Dingin
- Tiada Wiper Belakang
- Tiada Sistem Audio
- Tiada Boot Lining
- Tiada Fog Light Belakang
Cuma untuk model R34 ini, unit ABS dikekalkan. Enjin ? Haaaaaaa. Bahagian ni paling menarik. RB26DETT bagi model R34 GTR menggunakan sepasang turbo Garrett T28 Ball Bearing Ceramic Turbine. Tetapi, bagi model N1, enjin ini dilengkapi dengan sepasang turbo Garrett GT25 Ball Bearing Steel Turbine. Lagi respon, lagi tahan. Selebihnya, spesifikasinya sama sahaja dengan enjin N1 pada R32 dan R33. Kuasa ? 276hp. Kahkahkah. Nissan sendiri tak percaya dengan angka ni korang pergi percaya kenapa ?
Perbezaan V-Spec N1 dan V-Spec II N1 adalah model V-Spec II N1 menerima bonet hadapan gentian karbon. Manakala model V-V-spec N1 menerima bonet biasa dan dicat dengan warna putih. Perbezaan juga dapat dilihat daripada kod model yang terdapat di plat chasis. Kod adalah seperti berikut :-
- V-Spec N1 – GGJPRWYR34ZDA–L–
- V-Spec II N1 – GGJPRWYR34ZDA–1–
Tak pernah nampak ? Jangan risau. Bagi model V-Spec N1, hanya 38 unit sahaja dibina dan 12 unit daripadanya pihak NISMO ambil untuk digunakan dalam perlumbaan Super Taikyu. Tinggal lah 26 unit untuk direbut seluruh populasi dunia.
Bagi model V-Spec II N1, hanya 18 unit dibina. Hahaha. Betul-betul mainkan perasaan orang Nissan ni. Harga ketika baru adalah seperti berikut :-
- V-Spec N1 – ¥5,998,000(RM221,133)
- V-Spec II N1 – ¥6,098,000(RM224,825)
Harga yang dinyatakan ini adalah sebelum segala cukai dikenakan serta sebelum inflasi. Sekarang ? Untung kalau masih ribu-ribu. Untung kalau masih 6 angka. Hahaha.
𝗠-𝗦𝗽𝗲𝗰
Jentera ini mula dijual pada bulan Mei,2001. Pertama sekali, kenapa M ? Apa maksud M ? Huruf “M” bagi model ini bermaksud Mizuno. Mizuno atau nama penuhnya Kazutoshi Mizuno adalah nama Ketua Jurutera Nissan yang bertanggungjawab dalam penghasilan model-model GTR dan juga dikenali sebagai “Father of The GTR”.
Bagi model M-Spec ini, boleh dikatakan model ini merupakan model “mewah” dan berada di kelas yang tinggi. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas melalui kemasan dalamannya dimana kebanyakan komponen dibalut dengan kulit. Setiap balutan kulit pula dijahit dengan menggunakan benang berwarna emas. Yang menariknya, kerusi hadapan menerima unit pemanas(seat heater). Barulah selesa panjat Bukit Haruna(Akina) masa musim sejuk.
Selain itu, seperti yang kita tahu model V-Spec II mempunyai sistem suspensi yang keras. Malah lebih keras berbanding Model V-Spec. Namun, bagi model M-Spec, sistem suspensi dirombak kembali dengan menggunakan sistem yang lebih lembut serta dilengkapi dengan “Ripple Control”.
“Ripple Control” disini berfungsi jikalau jalan yang anda lalui itu berbuai-buai ataupun tidak rata, penyerap hentak ini berfungsi dengan sangat efisyen untuk menyerap segalanya. Memang selesa lah ceritanya. Macam naik kereta mewah. Eh ? Dah namanya pun segmen paling mewah kan. Memang layak lah. Selain memberikan pengalaman yang selesa ketika memandu, sistem “Ripple Control” ini juga bertindak cemerlang ketika mengambil selekoh dan juga pemanduan ekstrem. Ye lah, walaupun “mewah”, ianya tetap sebuah Godzilla yang memang direka untuk dipandu laju.
Boleh dikatakan, hampir semua spesifikasi V-Spec II ada di jentera ini, malah ditambah baik KECUALI bonet hadapan. M-Spec tidak menggunakan bonet dari gentian karbon tetapi hanyalah dari alumunium dan dicat mengikut warna badan. Cerita pasal warna, model ini menerima 4 jenis warna iaitu :-
- EY0 – Silica Breath (122 unit)
- GV1 – Black Pearl (39 unit)
- QX1 – Pearl White (93 unit)
- WV2 – Sparkling Silver (112 unit)
Warna ikonik semestinya Silica Breath dimana warna ini tidak terdapat pada model-model lain. Hanya M-Spec dan M-Spec Nur sahaja menerima warna ini. Haha. Dah lah produksi cuma 366 unit, warna ikonik pula hanya ada 122 unit. Sekali lagi Nissan mempermainkan perasaan peminat.
Selain daripada warna, cara untuk mengenalpasti M-Spec TULEN adalah dengan meneliti kod model(Model Code) yang terdapat pada plat chassis jentera ini. Kod model mempunyai 18 digit dan bagi model M-Spec, digit yang ke-16 mestilah mempunyai angka “2”. Sebagai contoh, model pertama M-Spec mempunyai kod model GGJPRWYR34ZZAAA2AD. Kita dapat lihat “2” pada digit ke-16.
Penutup bagi ulasan tentang M-Spec ini adalah harga. Harga ketika ia dilancarkan adalah ¥5,950,000(RM219,862). Sekarang ? Haha. Cubalah offer harga ni kalau dapat. Kalau dapat, memang rezeki anda.
𝗩-𝗦𝗽𝗲𝗰 𝗜𝗜 𝗡𝘂𝗿 & 𝗠-𝗦𝗽𝗲𝗰 𝗡𝘂𝗿
Nur ? Cerita Nur TV3 tu ke ? Bukan Tuan-Tuan. Nama Nur ini diambil sempena nama trek yang terkenal di Jerman tu. Nurburgring namanya. Trek yang wajib digunakan oleh kebanyakan pengeluar jentera berprestasi tinggi untuk menguji jentera mereka.
Bagi 2 model Nur ini, apa yang membuatkan ianya istimewa adalah nadinya. Seperti yang saya terangkan diatas tentang enjin model N1, enjin tersebut secara bulat-bulat diletakkan ke dalam ruang enjin jentera ini. Walaupun kuasa yang diiklankan “hanya” 276hp, namun sebenarnya ia mempunyai kuasa sebanyak 330hp dan dengan sedikit penalaan, enjin ini mampu untuk menghamburkan 450hp tanpa perlu mengubahsuai atau menukar komponen. 450hp enjin stok dah kira kuat dah Tuan-Tuan. Lagi satu, “Rocker Cover” enjin ini menerima kemasan warna EY0 Silica Breath. Fuhh, meghelit !
Bagi spesifikasi lain seperti trim dalaman, suspensi dan lain-lain, kedua-dua model ini mengikut spesifikasi asal model induk mereka iaitu V-Spec II dan M-Spec. Jadi, jangan sangka V-Spec II Nur ada suspensi “Ripple Control” dan jangan sangka M-Spec Nur ada bonet depan hentian karbon.
Model Nur ini ditawarkan dengan 7 pilihan warna iaitu :-
EY0 – Silica Breath(9 unit only for M-Spec Nur)
GV1 – Black Pearl(86 unit)
JW0 – Millenium Jade(300 unit)
QM1 – White(159 unit)
QX1 – Pearl White(216 unit)
TV2- Bayside Blue(119 unit)
WV2 – Sparkling Silver(114 unit)
JW0 Millenium Jade merupakan warna baru yang diperkenalkan. Ianya khusus untuk model Nur sahaja. Tidak ada model lain yang menerima warna ini.
Produksi jentera ini adalah seperti berikut :-
- V-Spec II Nur – 718 unit
- M-Spec Nur – 285 unit
Jadi, secara keseluruhannya ada 1,003 unit model Nur di seluruh dunia. Cara mudah untuk mengenalpasti model Nur TULEN adalah dengan meneliti kod model jentera ini. Sama seperti M-Spec, lihat pada digit ke-16. Model V-Spec II Nur mempunyai huruf “V” pada digit ke-16 dan model M-Spec Nur mempunyai huruf “M” pada digit ke-16. Mudah bukan ? Lagi ? Ada, model-model Nur menerima “Speedometer” 300km/h. Untuk menghargai sokongan pembeli model Nur, pihak Nissan turut memberi sebuah buku dimana nama pemilik jentera diukir pada plat besi yang terdapat pada buku tersebut. Akhir sekali adalah harga. Harga yang ditawarkan ketika pelancarannya pada tahun 2002 adalah ¥6,100,000(RM225,420) bagi model V-Spec II Nur dan ¥6,300,000(RM232,811) bagi model M-Spec Nur. Sekarang ? Dalam lingkungan RM700,000 sebelum cukai.
𝗭-𝗧𝘂𝗻𝗲
Jentera ini diletakkan di hierarki tertinggi dalam model R34 GTR. TETAPI, maaf saya katakan, hierarki tertinggi bagi jentera produksi R34 GTR adalah model M-Spec Nur. Hal ini kerana model Z-Tune ini bukanlah jentera produksi Nissan. Tetapi NISMO.
Sejarah bermula apabila NISMO mengeluarkan model prototaip Z-Tune pada tahun 2000 dan dipamerkan pada NISMO Festival ketika itu. Pada tahun seterusnya, NISMO melihat projek ini dapat direalisasikan. Justeru, mereka menambah ciri-ciri keselesaan ke jentera ini untuk membolehkannya sesuai dipandu di jalan raya.
Enjin juga dirombak kembali dimana kod enjin juga ditukar dari Z1 ke Z2. Pada tahun 2003, jentera ini dibawa ke Nurburgring untuk diuji dan keputusannya agak memberangsangkan. Pada 2004, jentera ini memenangi pertandingan Tuner’s Battle sekaligus menaikkan lagi reputasinya sebagai sebuah jentera yang sempurna dari segenap aspek.
Pada tahun 2005, bersempena dengan ulangtahun NISMO yang ke-20, pihak Nissan telah MENJUAL 18 unit R34 GTR V-Spec II kepada NISMO untuk diubahsuai menjadi Z-Tune. Kesemua 18 jentera yang dibeli oleh NISMO ini pula mempunyai jarak perbatuan kurang daripada 29,000km.
Keseluruhan jentera ini kemudiannya dilerai, dibarai, dibogelkan sepenuhnya dan dibina kembali satu persatu menggunakan tangan. “Hand Made” omputeh kata. Jadi, jelas disini kenapa Z-Tune bukanlah sebuah jentera produksi. Terapi, ia merupakan jentera yang telah diubahsuai dan berada dalam kelas “NISMO Omori Factory Cars” dimana bukan sahaja ada Z-Tune, tetapi ada juga beberapa model lain seperti berikut :-
- R34 GTR Clubman Race Spec
- R34 GTR F-Sport
- R34 GTR R-Tune
- R34 GTR S-Tune
- R34 GTR Sport Resetting
Kesemua 6 model keluaran NISMO ini hebat-hebat belaka. Cuma Z-Tune yang paling mendapat perhatian. Haha.
Kita pergi ke spesifikasi. Kita mulakan dengan enjin. Enjin bagi model Z-Tune ini dirombak daripada spesifikasi asal RB26DETT dimana unit blok enjin ini diambil dari model RB26 GT500. Ye, enjin yang digunakan di dalam perlumbaan GT500. Bukan itu sahaja, ia menerima GT Crankshaft, Forged Piston, GT Connecting Rod dan banyak lagi komponen yang baru.
Dengan kit stroker daripada GT500 ini, kapasiti enjin juga melonjak ke 2,771cc(2.8cc). Dengan kenaikan ini, kod enjin lalu diubah ke RB28DETT atau ia juga dikenali dengan kod Z2. Unit turbo diterima dari pihak IHI dimana ia memang dibuat khusus untuk produksi Z-Tune ini. Talaan enjin kemudiannya dibuat sendiri oleh pihak NISMO. Dengan rombakan yang dilakukan ini, kuasa yang dapat dihasilkan adalah sebanyak 510hp dan Torque sebanyak 540Nm. Kuat Tuan-Tuan. Lagi kuat daripada R35 GTR model pertama.
Sistem Suspensi jentera ini dibuat khas oleh pihak Sachs dengan menggunakan sistem boleh laras(Adjustable). Sistem Suspensi yang sama ini jugalah yang digunakan ketika perlumbaan GT500. Brek pula dibekalkan oleh pihak Brembo menggunakan model Monoblock 6 Piston beserta rotor 365mm di depan dan Forged 4 Piston beserta rotor 355mm dibelakang. Unit rim jentera inj menggunakan NISMO LM GT4 GT500 berwarna hitam bersaiz 18 x 9.5J. Ia diselaputi tayar Bridgestone Potenza RE01R bersaiz 265/35R18.
Unit penghantaran kuasa jentera ini menggunakan unit klac berkembar (Coppermix Twin). Kuasa dari kotak gear kemudiannya disalurkan kepada gandar belakang dengan sistem Active LSD melalui unit propeller shaft gentian karbon yang dibina khas untuk Z-Tune.
Badan ? Spot Welding ditambah di merata tempat. Selebihnya ? Sana sini karbon. Produksi ? Hanya 20 unit dikeluarkan termasuk 2 unit prototaip. Sebab itu NISMO hanya beli 18 unit je untuk produksi. Kenapa 20 unit sahaja ? Ye lah, dah namanya pun sempena ulangtahun ke-20. Hahaha.
Di dalam 20 jentera yang wujud ini pula, hanya satu unit sahaja menggunakan kod warna LX0 Midnight Purple III. Diceritakan hal ini kerana pemiliknya mahu mengekalkan warna asal ketika model Z-Tune beliau masih lagi sebuah model V-Spec II. Khabar angin mengatakan yang pemilik adalah staff NISMO sendiri. Hmm. Patutlah pelik je ceritanya, kroni. Model yang selebihnya dicat menggunakan kod KY0 Z-Tune Silver.
Harga ? Ketika dilancarkan tag harga jentera ini bernilai ¥17,700,000(RM654,784). Marilah berhuhu. Sekarang ? Takkan lah masih ratus ribu. Mungkin juta ? Mungkin puluh juta ? Siapa tahu kan.
Kesimpulannya Tuan Tuan, bagi saya sendiri. Tak kira apa model pun di dalam keluarga R34 GTR, ia adalah karya agung Nissan sepanjang zaman. Reputasinya tiada tandingan. Peminatnya tak mengira bangsa. Menjadi sebutan dimana-mana. Bahkan model terbaru pun belum dapat keluar daripada bayangan R34 GTR sebenarnya.
Nasihat saya, jika anda berpeluang untuk memiliki sebuah daripada Nissan Skyline R34 GTR yang tulen, jangan lepaskan. Anda adalah daripada 11,577 orang yang bertuah di dunia ini untuk memilikinya. Bila dah dapat tu, jaga lah baik-baik. Jangan buat yang pelik-pelik. Jika anda memiliki model terhad seperti V-Spec II atau M-Spec, anda idola. Hahaha