Buletin

SELEPAS 4 BULAN TIDAK BOLEH JUAL, HONDA MALAYSIA UMUM HARGA CIVIC KEKAL

Kalau anda perasan, Honda Malaysia sebenarnya tidak boleh menjual model sedan terlarisnya, Honda Civic selama hampir empat bulan.

Sebabnya, harga sedan tersebut tidak mendapat kelulusan daripada kerajaan berikutan insentif yang diterima oleh Honda Malaysia selama ini sudah tamat pada akhir tahun 2018.

Kini, laman web rasmi Honda Malaysia telah pun mendedahkan harga Civic yang sebenarnya tidak berubah.

Anda boleh membeli Civic 1.8S pada harga RM108,165 seunit. Manakala Civic 1.5TC berharga RM120,855 dan Civic 1.5TC-P RM128,631. Semua harga yang dinyatakan tidak termsuk insurans.

Didatangkan lima warna iaitu putih, hitam, merah, perak dan kelabu, Civic dikuasakan oleh dua pilihan enjin iaitu 1.8 liter aspirasi biasa (N/A) dan enjin turbo bersesaran 1.5 liter.

Enjin 1.8L itu mampu menjana kuasa sehingga 141PS dan tork 174Nm. Sementara enjin turbo pula menjanjikan kuasa mencecah 173PS dan tork maksimum 220Nm.

Tags
Google ads
Back to top button