
CHINA ARAH TESLA PANGGIL SEMULA 1.1 JUTA UNIT KENDERAAN
Tesla kini berdepan masalah lebih besar apabila pengawal selia pasaran di China mengarahkan penarikan semula lebih 1.1 juta kereta jenama itu.
Penarikan semula itu dibuat berikutan masalah yang terdapat pada sistem brek renegeratif, melibatkan Model 3, Model Y (buatan China) serta beberapa unit Model 3 dan Model X (import).
Tesla bagaimanapun sedia maklum dengan masalah berkenaan dan akan bertindak untuk memperbaiki serta mengemaskini perisian.

Terdahulu di Shanghai, seorang pengguna Tesla hampir maut setelah brek keretanya gagal berfungsi dengan baik. Bagi kes itu, Tesla tidak mengakui kesalahan, sebaliknya menyatakan pengguna memandu melebihi had kelajuan sebelum kemalangan.
Dengan rekod buruk Tesla di China sebelum ini, termasuk penarikan semula 80,000 unit gara-gara masalah perisian serta tali pinggang keledar, ia bukanlah petanda baik lebih-lebih lagi jenama China mula menguasai pasaran automotif dalam segmen EV.
Penarikan semula ini akan memberi kesan ke atas jualan Tesla secara keseluruhannya terutama Tesla sangat bergantung pada pasaran di China.
- BACA: TIGA TESLA ROADSTER DIJUMPAI TERBIAR DALAM KONTENA DI CHINA, MILEAGE KOSONG KM!
- BACA: EMPAT MODEL TESLA PALING KERAP DIPANGGIL SEMULA, TOYOTA PALING SEDIKIT
- BACA: ELON MUSK DAH LAMA RANCANG, PENGANALISIS YANG LALAI – TESLA TETAP UNTUNG!
- BACA: SATU PESANAN DARI TESLA CUKUP KAYAKAN SYARIKAT PEMBEKAL JADI RM3.5 BILION