Buletin

TOYOTA GRANVIA DIPERKENAL DI AUSTRALIA – HIACE JADI VAN MEWAH

Pelancaran Toyota Hiace baharu sebelum ini berjaya menarik perhatian ramai kerana tampil dengan reka bentuk serba moden dan pelbagai saiz serta muatan.

Dari van barang biasa sehinggalah kepada bas mini untuk pelancong.

Hiace juga popular kerana mempunyai peminat tersendiri dengan pelbagai jenis ubahsuai.

Selain itu ada juga yang tertanya apa jadi apabila Hiace  baharu dibuat van penumpang?

Rupa-rupanya Toyota sudah memikirkannya dan jauh sekadar van penumpang biasa.

Toyota Australia mengumumkan van mewah baharu, Toyota Granvia yang bakal menemui pelanggan beberapa bulan lagi.

Toyota Australia nampaknya istimewa kerana pengumuman ini dibuat berturut-turut selepas penawaran Supra baharu di sana.

Granvia diasaskan daripada platform Hiace baharu dengan lapan tempat duduk. 

Walaupun menggunakan platform Hiace, van ini tetap ada kelas dengan kabin premium dan teknologi Toyota Safety Sense.

Menurut Sean Hanley, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Toyota Australia, Granvia sesuai digunakan untuk keluarga, warga korporat dan pengangkutan tetamu hotel lima bintang.

Dari segi enjin, Toyota tidak memperincikannya kecuali satu jenis diesel turbo sahaja dan ditawarkan dalam dua varian.

Kelengkapan mewah Granvia ialah pintu gelungsur berkuasa, kerusi pemandu dan kapten dengan larasan elektrik dan kemasan kulit.

Dari segi keselamatan, Toyota tidak alpa dengan melengkapi sembilan beg udara, sistem keselamatan pra pelanggaran dengan pengesan pejalan kaki dan penunggang basikal pada siang hari.

Granvia akan diperkenalkan di Australia pada suku keempat tahun ini dan akan menggantikan Toyota Tarago sehingga dihentikan jualan pada penghujung tahun ini.

Tahukah anda nama lain bagi Tarago? Toyota Estima.

Tarago mula dipasarkan di Australia sejak tahun 1983 dan kini sudah memasuki generasi keempat dengan jualan sebanyak 104,229 unit.

Ini satu perkembangan menarik yang membuatkan kami tertanya adakah Granvia akan turut dipasarkan di Malaysia?

Kami harap ia dipasarkan dan menjadi alternatif mampu milik berbanding Vellfire dan Alphard.

Google ads
Back to top button