Buletin

VAUXHALL VIVARO LIFE, ADIK SEPUPU VAN TOYOTA PROACE

Jika ikutkan rekod artikel, jarang kami menulis tentang Vauxhall yang merupakan jenama Britain dan kini dimiliki oleh Kumpulan PSA. Sebenarnya baru lagi Vauxhall dimiliki PSA iaitu sejak 2017. Selama berpuluh tahun iaitu dari 1927 hingga 2017 Vauxhall berada di bawah General Motors.

Kali ini satu perkara yang menarik perhatian ialah Vauxhall Vivaro. Mentol dalam kepala terus menyala sebab van ini macam sesuatu. Bila dibuat kajian, baru sah. Sah model ini ada kena mengena dengan Toyota ProAce Verso untuk pasaran Eropah.

Bukan setakat ProAce, model lain seperti Citroën dan Peugeot pun mempunyai versi masing-masing iaitu Dispatch, SpaceTourer, Expert dan Traveller.

Jadi sekarang ada lima pengeluar termasuk Opel yang menggunakan sebuah model van. Faktanya bukan Perodua atau Proton sahaja yang menggunakan konsep kejuruteraan semula (reengineering) atau rebadge untuk model mereka. Kumpulan automotif ternama lagi handal.

Vauxhall Vivaro Life baru sangat dipertontonkan bahkan inilah imej awal yang diedarkan. Vivaro Life ini dikilangkan di Britain dan ia adalah versi penumpang, bukan untuk angkat barang.

Terdapat dua saiz iaitu varian Medium berukuran 4.95 meter dan Large berukuran 5.30 meter. Kedua-dua varian ini boleh dipasangkan sehingga sembilan kerusi dan Vario Life berada dalam segmen D (Toyota Estima, Honda Odyssey).

Spesifikasi Vivaro Life hebat juga, ada head-up display, kawalan jelajah menggunakan kamera atau radar dan mempunyai bumbung panorama.

Satu lagi perkara menarik ialah Vauxhall bakal menawarkan versi elektrik sepenuhnya pada tahun 2021.

Berikut ialah butiran mengenai Vauxhall Vivaro Life: 

  • Dipamerkan secara rasmi di Brussel pada 18 Januari 2019, mula dijual pada bulan Februari.
  • Jumlah kerusi dengan pelbagai pilihan, empat, lima, enam, tujuh lapan dan sembilan.
  • Spesifikasi Lounge dengan kelengkapan mewah untuk varian Large
  • Spesifikasi Lounge: Kerusi depan dengan fungsi urutan dan pemanasan elektrik, kerusi balutan kulit boleh alih untuk penumpang, kerusi boleh diubah untuk menghadap penumpang, meja boleh alih yang mempunyai ruang simpanan, soket plug 230V untuk mengecas gajet
  • Kawalan jelajah pintar, Lane-keep assist, High-beam assist, head-up display
  • Kamera undur dengan paparan 180 darjah
  • Skrin sesentuh tujuh inci berwarna dengan fungsi Apple CarPlay dan Android Auto

BACA: TAHUN 1976 TOYOTA LANCAR TOWN-ACE, AYAHANDA VELLFIRE & ALPHARD

BACA: LAMPU KERETA MODEN MEMANG CANGGIH TETAPI TAHUKAH ANDA BERAPA KOSNYA?

Google ads
Back to top button