Buletin

HONDA E SUDAH BOLEH DITEMPAH DI UK, JERMAN, PERANCIS & NORWAY

Honda hari ini mengumumkan bahawa tempahan untuk kenderaan elektrik urbannya, Honda e kini sudah dibuka untuk pasaran UK, Jerman, Perancis dan Norway. 

Pelanggan perlu membayar yuran yang boleh dikembalikan sebanyak £800 (RM4,300) menerusi satu laman web khas.

Mereka kemudian boleh membuat tempahan pada hujung tahun ini dengan penghantaran pertama dijangka bermula pertengahan tahun depan. 

Sistem tempahan itu menawarkan lima pilihan warna iaitu putih metalik, hitam mutiara, biru metalik, kelabu dan kuning terang. 

“Kami berbesar hati untuk menawarkan tempahan Honda e di beberapa pasaran Eropah terpilih.

Toyota Avanza MREC – Mobile

“Model prototaip Honda e menerima maklum balas yang sangat memberangsangkan dengan lebih 25,000 pelanggan di seluruh Eropah menyatakan minat mereka. 

“Jadi, mereka kini berpeluang untuk memiliki model tersebut,” kata Pengurus Besar Divisyen Automobil Honda Motor Europe Ltd., Jean-Marc Streng. 

Menurut Ketua Honda UK, Phil Webb proses tempahan ini merupakan langkah pertama Honda untuk menawarkan kenderaan elektrik sepenuhnya di Eropah menjelang tahun 2025. 

Prototaip Honda e diperkenalkan buat pertama kali pada Geneva Motor Show 2019 dengan kebanyakan ciri yang didedahkan pada Honda Urban EV (2017) dikekalkan untuk diproduksi. 

Honda dilihat mengambil langkah berani dengan menawarkan sebuah kereta elektrik kompak. Jentera itu hadir bersama dengan dinamik pemanduan pacuan roda belakang dan rangkaian kuasa elektrik termaju. 

Honda e mampu menawarkan jarak perjalanan sejauh 201km dengan sekali caj dan pengecasan pantas sehingga 80 peratus dalam masa 30 minit sahaja. 

Tags
Google ads
Back to top button