Buletin

TOYOTA HILUX HIBRID BAKAL DILANCARKAN DI AUSTRALIA 2022

Untuk pasaran Australia, Toyota Hilux ditawarkan dalam varian turbodiesel dan juga petrol. Namun Toyota Australia memberi jaminan yang mereka akan memperkenalkan varian hibrid dalam masa terdekat bagi memenuhi komitmen untuk mengurangkan pelepasan asap dan karbon dioksida

Perkembangan terbaru ini datang serentak dengan rancangan Toyota New Zealand yang mengumumkan rancangan mereka untuk memperkenalkan model Hilux Hibrid menjelang tahun 2022. Neeraj Lala CEO Toyota New Zealand menegaskan rancangan ini akan dibuat sebelum akhir tahun 2022

Sean Hanley VP Toyota Australia menegaskan undang-undang kawalan pencemaran udara yang baru oleh kerajaan menyebabkan mereka perlu memberi teknologi elektrifikasi pada model Toyota Hilux secepat mungkin

Mr Hanley juga menyatakan sekiranya rancangan ini berjalan lancar, Hilux akan menggunakan sistem teknologi hibrid siri berbanding dengan plug-in hibrid. Namun pada masa yang sama mereka juga sedang meneroka sistem trenkuasa lain termasuklah EV dan juga fuel cell seperti yang digunakan oleh Toyota Mirai

Sebagai contoh RAV4 hibrid yang menggabungkan enjin petrol dan bateri memberikan penggunaan petrol sekitar 20km per liter dan pada masa yang sama membebaskan gas karbon dioksida sebanyak 107g per km. memandangkan Hilux di Australia sudah ditawarkan dalam varian petrol, adalah lebih mudah untuk menghasilkan varian petrol hibrid

Jika dibandingkan dengan teknologi turbodiesel hibrid yang pernah dipelopori oleh Mercedes satu ketika dulu, enjin diesel kurang sesuai untuk teknologi hibrid. Salah satu sebabnya ialah enjin diesel lebih berat berbanding petrol, jika digabungkan dengan bateri dan motor berat ini akan menjejaskan penjimatan oleh sistem hibrid

Enjin turbodiesel juga menghasilkan tork pada RPM yang rendah, tapi kurang berkuasa pada RPM yang tinggi. Keadaan ini sama dengan motor elektrik yang menghasilkan tork yang tinggi pada RPM rendah. Keadaan ini menyebabkan hanya enjin petrol sahaja yang sesuai untuk digabungkan dengan teknologi hibrid.

Google ads
Back to top button