Artikel Pilihan

SAAB HASILKAN KERETA DENGAN JOYSTICK GANTIKAN STERING. INOVASI GAGAL

Roda stering telah lama digunakan pada kereta dan rekaannya kekal bulat dari dulu hingga sekarang. Ya mungkin ada roda stering dibuat dengan rekaan flat bottom bagi memenuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh pengeluar. Mungkin satu hari nanti bila teknologi kereta pandu sendiri menjadi matang, barulah pemandu berani melepaskan tangan dari stering

Pada tahun 1992, Saab mendapati kebanyakan pemandu mengalami kecederaan parah dalam kemalangan akibat menghentam stering ketika impak kemalangan. Walaupun ada teknologi beg udara, ia masih menyebabkan kecederaan dan jurutera Saab mencadangkan agar roda steering mesti digantikan dengan sistem lain.

Sebenarnya Saab ada cabang bisnes yang lain iaitu menghasilkan kapal terbang, senjata dan juga peralatan ketenteraan. Jadi untuk menguji idea menggantikan roda stering dalam kereta, jurutera Saab mengambil pendekatan yang sama dengan jet pejuang, gunakan joystick untuk mengawal dan memandu kereta. Hebat kan.

Kereta Saab 9000 diambil sebagai kereta eksperimen dan dinamakan sebagai Saab Prometheus (Programme for European Traffic with Highest Efficiency and Unprecedented Safety) dengan kawalan joystick. Sistem ini sebenarnya menggunakan teknologi Steer by Wire.

Sebarang pergerakan pada joystick akan menghasilkan isyarat elektrik untuk mengawal kereta. Isyarat elektrik tadi akan dihantar pada sistem stering (rack dan pinion) bagi membantu Saab Prometheus memasuki selekoh dan menukar lorong pemanduan. Teknologi ini digambarkan sangat hebat kerana diinspirasikan oleh jet pejuang.

Dari perspektif keselamatan, idea ini sangat hebat kerana dalam kemalangan tiada objek di depan pemandu melainkan hanya beg keselamatan udara yang mengembung sahaja. Ruang di depan pemandu menjadi kosong dan luas bagaikan berada di kokpit pesawat. Namun teknologi ini ada satu masalah besar

Secara purata kereta moden memerlukan 3.5 (atau memerlukan 1260 darjah) pusingan pada roda stering untuk mengawal kereta (dari paling kiri ke paling kanan). Kunci pada kawalan stering yang baik ialah dengan menukar arah pemanduan secara sedikit demi sedikit dengan sekata sama seperti kita menggunakan stering.

Joystick yang dipasang oleh Saab hanya memerlukan 180 darjah sahaja untuk melakukan pusingan lock to lock dari kiri ke kanan. ini bermakna joystick ini 7 kali ganda lebih sensitif dan sebarang perubahan kecil pada joystick menghasilkan perubahan arah pada kereta. Ia tidak menjadi isu sekiranya anda menerbangkan jet pejuang.

Satu lagi masalah berkenaan joystick ini ialah pemandu akan jadi cepat penat. Roda stering konvensional menyediakan tempat semulajadi untuk merehatkan tangan dan lengan ketika memandu. Disebabkan joystick ini sangat sensitif, pemandu perlu memberi fokus yang lebih. Ini menjadi pemandu cepat penat terutama ketika perjalanan jarak jauh

Jadi persoalan dia, adakah teknologi Fly by Wire ini tak bagus? Bagus sebab ia memang digunakan sekarang oleh kereta Infiniti Q50 tapi model ini masih mengekalkan roda stering sebagai input untuk menerima arahan daripada pemandu, bukannya joystick seperti Saab. Nasib baik ini hanyalah prototaip dan bukannya model produksi

Kalau ia dihasilkan juga tanpa stering, mungkin ia akan disumpah 18 keturunan

Google ads
Back to top button