Artikel Pilihan

TOYOTA INDONESIA BAKAL LANCAR “ALZA” HIBRID TAHUN 2026

Setelah sekian lama menjadi khabar angin, isyarat kehadiran Toyota Veloz Hybrid (HEV) di pasaran Indonesia akhirnya terjawab. Presiden PT Toyota Motor Manufacturing Indonesia (TMMIN), Nandi Julyanto, menyatakan bahwa MPV 7-penumpang ini dirancang untuk dilancarkan di pasar Indonesia tahun depan.

“Tahun depan (2026), sudah pasti tahun depan,” ujar Nandi ketika ditemui di Sunter, Jakarta Utara, pada Jumaat (22/8/2025).

Tidak hanya akan dipasarkan, Veloz Hybrid juga akan dihasilkan fasiliti Toyota terletak di PT Toyota Motor Manufacturing Indonesia (TMMIN), Karawang. Toyota merancang untuk melakukan pelancaran dan penghasilan Toyota Veloz Hybrid secara serentak pada tahun 2026 nanti

Menurut Nandi, pelancuran Toyota Veloz Hybrid akan dibuat selepas model ini dilancarkan di Thailand yang lebih dulu memperkenalkan model ini. Meskipun demikian, Indonesia akan tetap menjadi salah satu pusat penting dalam produksi dan pengembangan Veloz Hybrid.

“Iya, mereka duluan (Thailand duluan), baru setelah itu kita (kehadiran Veloz HEV),” tambahnya.

Berita tentang varian Toyota Veloz Hybrid sebenarnya sudah dapat dihidu sejak setahun lepas dan diperkukuhkan lagi dalam satu kenyataan rasmi semasa Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2025.

Ketika itu Pengararh Pemasaran PT Toyota Astra Motor (TAM), Jap Ernando Demily, menyebut bahawa Toyota akan menghadirkan produk hybrid baru yang ditujukan untuk pasar yang lebih luas dan dihasilkan di Indonesia.

“Kita akan punya hybrid yang menjangkau khalayak lebih ramai dan bakal diproduksi lokal,” ujar Ernando.

Walaupun tiada pengumuman rasmi susulan dari pihak Toyota berkaitan informasi tentang model yang dimaksudkan, banyak pihak meneka bahawa kenderaan yang dimaksudkan tersebut adalah Toyota Veloz Hybrid.

Tanda-tanda tersebut semakin jelas ketika di laman Samsat (Sistem Administrasi Manunggal Satu Atap) DKI Jakarta menunjukkan rekod pendaftaran baru model Toyota dengan kod W102RE, yang merupakan kod yang hampir sama digunakan oleh Toyota Veloz iaitu 1.5Q HV CVT dan 1.5Q HV CVT TSS, yang dipercayai sebagai Toyota Veloz Hybrid.

Kehadiran varian Toyota Veloz Hybrid akan menambah varian model hybrik elektrik Toyota yang pada ketika ini sudah diisi oleh Toyota Kijang Innova Zenix Hybrid dan Toyota Yaris Cross Hybrid. Selain itu, Toyota juga juga sedang menyiapkan peralatan dan persedian pemasangan model elektrik sepernuhnya Toyota bZ4X, secara completely knocked down (CKD).

“Sekarang elektrifikasi Toyota yang diproduksi sudah ada Kijang Innova Zenix, Yaris Cross, nanti kita tambah dengan Veloz, bZ4X untuk BEV (Battery Electric Vehicle),” ucap Nandi.

Google ads
Back to top button