
SUBARU TUTUP SEMENTARA KILANG DI JEPUN. KEKURANGAN CIP SEMIKONDUKTOR
Subaru akan menutup sementara salah satu kilang di Jepun selama dua minggu berikutan kekurangan semikonduktor.
Pengeluar kenderaan itu mengesahkan akan menutup kilang Yajima di Gunma Prefecture bermula 10 hingga 27 April ini.
Bagaimanapun, kilang berkenaan dijangka beroperasi semula pada 10 Mei depan apabila bekalan cip semikonduktor pulih.

Penutupan kilang yang membangunkan model Outback dan Forester itu akan mengurangkan jumlah pengeluaran sebanyak 10,000 unit.
Subaru turut mengesahkan masalah kekurangan cip semikonduktor ini tidak berpunca daripada insiden kebakaran yang melanda kilang Renesas Electronics di Jepun sehingga menyebabkan Toyota dan Nissan mengurangkan produksi kenderaan.
Selain Subaru, Suzuki Motor turut mengumumkan penutupan operasi di dua kilang pemasangan yang terletak di Wilayah Shizuoka pada Isnin lalu. -agensi
- BACA: TOYOTA GR 86 DIPERKENALKAN. ENJIN BOXER N/A 2.4L, 232HP, RWD, TEKNOLOGI EYESIGHT DRIVER ASSIST SUBARU
- BACA: BELI SUBARU FORESTER, DAPAT REBAT SEHINGGA RM30K!
- BACA: TOYOTA, SUBARU BAKAL PERKENAL JENTERA BAHARU 5 APRIL INI
- BACA: PANDU SUBARU BRZ ATAU WRX PADA HARGA BERMULA RM2,699 SEBULAN DENGAN GOCAR SUBS