Buletin

TOYOTA LAND CRUISER HERITAGE EDITION – SUV IKONIK INI SUDAH BERUSIA 60 TAHUN!

Bagi meraikan ulang tahun model ikonik Land Cruiser yang ke-60 tahun, Toyota dilapor bakal memperkenalkan Land Cruiser Heritage Edition pada acara Chicago Motor Show 2019.

Jentera itu dapat dibezakan dengan jelas menerusi rim tempaan BBS bersaiz 18 inci berwarna tembaga bersama penutup “Toyota” yang eksklusif.

Gril hadapan yang besar hadir dengan warna hitam. Manakala perumah lampu kabus berwarna krom gelap.

Aspek mekanikal bagaimanapun tidak berubah. Ia terus menggunakan enjin V8 bersesaran 5.7 liter yang mampu menjana kuasa 381hp. Kuasa tersebut disalurkan ke sistem pacuan empat roda sepenuh masa menerusi transmisi automatik lapan kelajuan.  

Ruang kabin menerima upholsteri kulit hitam bersama jahitan berwarna tembaga yang kontras. Lantai dilapik dengan karpet yang tahan lasak untuk semua jenis cuaca.

Toyota menawarkan Heritage Edition sebagai SUV penumpang lima penumpang dengan dua pilihan warna hitam metalik atau putih mutiara.

Hanya 1,200 unit akan dibina dan jualannya bermula suku kedua tahun ini.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button