Buletin

KEROSAKAN STERENG KUASA – PELANGGAN MOTOR IMAGE GROUP TIDAK TERJEJAS

Motor Image Group (MIG), pengedar kenderaan Subaru di sembilan pasaran di Asia hari ini mengumumkan bahawa pelanggannya tidak terjejas dengan masalah kerosakan stereng kuasa sebagaimana yang dimaklumkan oleh Subaru Corporation baru-baru ini.

Tidak ada satu pun kenderaan yang rosak itu diserahkan kepada pelanggan MIG. Subaru dilapor telah memberhentikan produksi di Jepun mulai 16 Januari lalu dan hanya akan menyambung semula pengeluaran pada 28 Januari depan.

Langkah itu diambil berikutan timbul masalah pada stereng kuasa pada tiga model keluaran Subaru iaitu Forester, XV dan Impreza. Kereta yang terjejas dikilangkan di antara akhir Disember 2018 dan 16 Januari 2019.

Hanya 120 unit kenderaan yang terjejas telah dihantar ke tiga pasaran iaitu Hong Kong, Taiwan dan Singapura. Biarpun begitu tiada satupun diserahkan kepada pelanggan.

Dalam tempoh tersebuy, MIG akan terus mengeluarkan Subaru Forester generasi ke kelima ke rantau ini dan menerima tempahan daripada pelanggan.

Tetapi, pelanggan mungkin terpaksa menunggu sedikit lama sebelum menerima kereta masing-masing. Ini berikutan pemberhantian sementara produksi di Jepun.

Motor Image komited untuk menawarkan pengalaman pemanduan dan standard keselamatan paling tinggi kepada pelanggan. Ia akan sentiasa berhubung dengan Subaru Corporation untuk mendapat perkembangan terkini.

Google ads
Back to top button