Artikel Pilihan

LEBIH 60 KERETA TERMASUK SUPERCAR DIRAMPAS DALAM OPERASI DI KOTA LONDON – KETEGASAN MACAM NI KITA MAHU

Pihak berkuasa di United Kingdom telah merampas lebih 60 buah kereta termasuklah supercar dan kereta mewah kelas atasan. Operasi dilakukan di bahagian tengah kota London selepas aduan diterima dari penduduk Westminster tentang kenderaan yang dipandu dengan melulu  dan bising.

Operasi yang bermula dari 2 Ogos menyaksikan Metropolitan Police bekerjasama dengan Westminster City Council dan Motor Insurance Bureau. Selepas operasi tamat nilai keseluruhan kenderaan yang dirampas ialah sekiitar USD7.7 juta! Antara kereta yang dirampas termasuklah dari jenama Bentley, Rolls-Royce, Ferrari, Lamborghini dan McLaren.

Maklumat kenderaan secara spesifik tidak dikeluarkan tapi berdasarkan gambar-gambar yang dimuat naik Westminster City Council antara model yang dirampas ialah Ferrari Purosangue, Lamborghini Urus dan Rolls-Royce Wraith. Banyak lagi model lain antaranya ialah Range Rover Evoque dan sebuah kereta lama.

Selain rampasan kenderaan, pihak polis turut membuat lima tangkapan kerana kesalahan penipuan insuran, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tidak memakai tali pinggang keselamatan dan memandu dengan melulu.

Rampasan dan operasi tersebut ternyata menggembirakan penduduk Westminster yang sudah lama bersabar dengan karenah pemandu-pemnadu tersebut.

Kalau buat macam ni kat Malaysia rasanya okey tak? Barulah kurang sikit jumlah pemandu tak cerdik di dalam negara.

Google ads
Back to top button