Motosikal

AGV SPORTMODULAR – TOPI KELEDAR PALING RINGAN DI PASARAN SEKARANG

Pengeluar topi keledar terkenal Itali, AGV bakal menampilkan topi keledar baharu untuk musim perlumbaan MotoGP 2018.

Kali ini, nyata berbeza apabila ia menjadi topi keledar modular gentian karbon pertama dihasilkan oleh AGV. Dikenali sebagai AGV Sportmodular, ia merupakan topi keledar paling ringan di pasaran sekarang.

Sebagai perbandingan, AGV Sportmodular adalah lebih ringan daripada Pista GP R – topi keledar premium AGV yang fokus untuk kegunaan trek yang dipakai oleh Valentino Rossi.  

Saiz “Large” AGV Sportmodular hanya seberat 1,460 gram. Sedangkan Pista GP R pula seberat 1,563g untuk saiz yang sama.

Oleh sebab beratnya itu, AGV Sportmodular dikatakan lebih kecil berbanding rangkaian topi keledar AGV.

Produk terbaharu itu tidak mempunyai sistem hidrasi dan pelindung wajah lebih tebal. Biarpun begitu, AGV Sportmodular tetap mempunyai ciri-ciri tersendiri. Antaranya ialah rekaan flip-up yang mendefinisikan kategori topi keledar modular.

AGV Sportmodular juga didatangkan dengan visor matahari, selain Pinlock untuk mengelakkan visor daripada berkabus. Sama seperti model AGV Corsa R, bahagian dalaman topi keledar itu boleh diterbalikkan. Satu untuk kegunaan musim panas dan satu lagi ketika musim sejuk.

Harus tahu bahawa AGV Sportmodular dibina dalam tiga reka bentuk yang memenuhi standard keselamatan DOT dan ECE terkini.

Harganya bermula AS$750 (RM2,898) seunit.

Google ads
Back to top button