
TOYOTA PASSO TINGGAL SEJARAH, DIHENTIKAN PRODUKSI PADA BULAN INI
Prototaip Perodua Myvi generasi pertama dan kedua, Toyota Passo dilaporkan bakal berhenti diproduksi pada bulan ini.
Menurut laporan media Jepun, Toyota bagaimanapun tidak bercadang untuk menggantikan model ini dan ia hanya akan menjadi sejarah pada masa hadapan.
Untuk rekod, kembar kepada model Daihatsu Boon ini dilancarkan pada 2004 sebelum Perodua menjenamakan ia semula kepada Myvi.

Laporan sebelum ini, media Jepun mengatakan bahawa Toyota Passo dan Daihatsu Boon bakal melancarkan versi facelift.
Tetapi, dengan perkhabaran jualan Toyota Passo ditamatkan, bermakna perancangan untuk melancarkan model kompak ini dalam versi facelift ini tidak kesampaian.
Sementara itu, Daihatsu Boon akan dibina di atas platform DNGA dan dilengkapi enjin pengecas turbo 1.0L.
Tetapi media Jepun tidak menyatakan nama kod enjin ini, hanya mendedahkan prestasi kuasa kuda maksimumnya dijangka 108hp dan tork 196Nm.
Sebagai perbandingan, Myvi 1.5L hanya menawarkan kuasa sebanyak 102hp dan tork 136Nm.
Model facelift ini dijangka dikeluarkan secara rasmi di pasaran Jepun sekitar pertengahan September hingga awal Disember 2023. – Automachi








