Modifikasi

MYVI JELMAAN DAIHATSU BOON X4

Anda mesti sudah bosan tengok kereta ini atas jalan sebab memang banyak sangat orang ubahsuai Myvi jadi Passo/Boon.

Sebabnya, inilah kereta paling besar dalam keluarga Perodua (sebelum Alza) yang mana kebanyakan budak-budak K-Car berpindah daripada versi mikronya. Saya yakin, pemindahan milikan pengguna Kenari, Kelisa, Kancil kepada Myvi bertitik tolak daripada reputasi kereta ini yang sangat bagus. Tidak meragam, senang untuk dijual balik dan tak rugi banyak.

BACA: PERODUA MYVI RACY!

Untuk membina reputasi begitu, Myvi dapat jalan singkat. Bila orang dah percaya, segalanya jadi mudah. Persepsi ini bukan sahaja di Malaysia. Malah di Jepun, model kembarnya Passo dan Boon juga laku keras. Jadi, sebagai negara penerima half-cut paling maju di Asia Tenggara, maka berbondong-bondonglah kereta potongnya masuk.

MYVI/DAIHATSU BOON X4Membina semula Myvi mengikut spesifikasi yang kita nak boleh jadi pelbagai rupa. Misalnya, Zam yang pilih untuk menggabungkan konsep Daihatsu Boon X4. Semua bodypart kereta ini dipasang dengan set X4.

Kemudiannya ia ditambah dengan aksesori asli seperti bonet karbon, bampar panel karbon Modellista, lip karbon serta sebuah D-Sport Towing Hook original. Bahagian belakang dilengkapkan dengan spoiler TRD Sport M dan aksesori Boon bumper step.

BACA: MYVI PASSO THE KING!

Masuk bahagian bodypart saja dah boleh buat luruh semua muka surat buku bank.  Cukup? Sudah tentu tidak. Apabila nak jadi juara Myvi, kenalah ada aksesori wajib yang mendukung konsep JDM asli.Padanan rim TE37 lubang 100mm X 4 ni menjawab persoalan itu. Spesifikasi rim itu pun cantik, lebar 7 inci dan offset +33, bend-nya habis betul-betul di sempadan fender. Tayar yang digunakan juga bagus, Neova 205/50r16.

MYVI/DAIHATSU BOON X4Brek dan suspensinya diperbaharui dengan set suspensi TITAN custom boleh laras depan belakang. Breknya pula dikacukkan dengan gandingan brek depan Honda Odyssey dan brek belakang Levot GT 101.

Walaupun mengambil konsep Boon X4, Zam tidaklah berselera untuk memasukkan enjin X4. Enjin asal X4 yang dikenali dengan kod KJ-VET itu cuma 993cc, tak cukup laju untuk menggerakkan badan Myvi ni sebenarnya. Calon paling sesuai tak lain tak bukan ialah K3-VET YRV yang saya rasa enjin paling sesuai dipasang pada Myvi bila keluar dari kilang lagi.

BACA: ZULFAHMI DUTA PERODUA MYVI

Enjin ini diubahsuai dengan pemasangan alat ganti daripada enjin 3SZE Alza/Avanza, iaitu blok yang menjadikannya 1.5 liter sekarang. Turut dimasukkan bersama ialah throttle body. Peralatan aftermarket yang lain ialah airfilter HKS, blow-off SARD R2D2, wastegate turbosmart 40mm, plug NGK iridium, ECU Passo G39 z dan Greddy Ultimate.

Apabila dah selesai, enjin ini digabungkan dengan kotak gear YRV Turbo R tiptronik yang merupakan transmisi paling lasak boleh dipasang pada conversion begini.

Sebenarnya, bukan itu yang menjadikan Myvi ni istimewa. Cuba perhati betul-betul kerja powder coat pada enjin yang sangat-sangat ekstensif. Sewaktu proses convert, enjin telah dicat pada setiap bahagian dengan skema coat warna yang berbeza.

Tidak cukup dengan itu, setiap laluan wayar asal telah disorok dan kerja-kerja tucking wayar ini telah dibuat oleh CTA Auto yang sangat arif dengan selok-belok modifikasi Myvi.

Bahagian dalaman kereta ni dikacukkan dengan beberapa tema. Misalnya, papan pemuka diambil daripada Passo Racy yang dikahwinkan dengan meter Boon X4. Kerusinya Boon X4, stereng Momo, knob aksesori D-Sport serta gugusan meter Defi.

 

MYVI/DAIHATSU BOON X4idak dilupakan kemasan pintu lengkap versi hitam X4 dan carpet Boon custom. Kelengkapan terakhir ialah bar penstabil yang terdiri daripada pengikat tiang C (under bar) dan upper bar yang dikeluarkan oleh D-Sport.

Keseluruhan pengubahsuaian dengan tema macam ini memang memakan belanja yang besar. Kalau setakat bajet-bajet macam brader Tiara nuklear tu baik tak payah. Buat semak je nanti kereta pakai cat tin. Ini kita cakap tentang kesempurnaan.

Bila nak sempurna, duit kena pikir nombor 2. Apa yang penting, dapatkan barang dan kepakaran dulu. Misalnya, brader yang baru convert enjin L2 dia dengan harga RM400 sahaja. Boleh bayangkan masuk enjin upah RM400? Silap haribulan gugur piston tengah jalan. Orang putih kata, bayar murah dapat kacang.

Habis tu bayar mahal dapat apa? Chicken chop? Karipap sardin?

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button