BMW R 1300 GS BAKAL DILANCARKAN PADA 28 SEPTEMBER – TAMPIL AGRESIF, JANA 145HP
BMW Motorrad baru-baru ini mendedahkan di media sosial bahawa R 1300 GS bakal dilancarkan pada 28 September ini.
Dari segi reka bentuk, ia dilihat menggunakan bahasa reka bentuk yang agresif, dipadankan bersama pencahayaan LED dengan sistem radar hadapan, lampu tambahan serta visor kecil.
Menurut laporan, ciri-ciri didatangkan sebagai standard adalah seperti berikut:
- Pemegang pendikit dengan fungsi pemanas
- Kawalan pelayaran berasaskan radar
- GPS
- ABS
- Mod tunggangan
- Skrin TFT digital
- Amaran perlanggaran
- Pemantauan titik buta
Selain itu, maklumat juga menunjukkan bahawa jentera berkenaan bakal menggunakan sistem casis baharu iaitu SAF Next.
SAF Next membolehkan penunggang melaraskan ketinggian tempat duduk secara elektronik ketika motosikal sedang bergerak.
Menerusi imej yang disiarkan, RS 1300 GS diserlahkan dengan rim aloi hadapan bersaiz 19-inci manakala belakang pula dipadankan dengan rim aloi bersaiz 17-inci. Ia juga bakal ditawarkan dengan pilihan rim berbilang jejari.
Beralih kepada kuasa, ia dipacu oleh enjin 1,300cc boxer-twin yang dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan.
Untuk rekod, nadi berkenaan berupaya menghasilkan 145hp dan tork pada 143Nm.
Selepas pelancaran, jentera baharu ini akan bersaing dengan Ducati Multistrada V4, Harley-Davidson Pan America dan banyak lagi.
GALERI:
- BACA: BMW MOTORRAD MALAYSIA LANCAR BMW S 1000 RR BAHARU – 4 MOD TUNGGANGAN, 201HP, RM1.5K SEBULAN
- BACA: BMW MOTORRAD LANCAR M 1000 RR 50 YEARS M. HARGA BERMULA RM162,519 SEUNIT
- BACA: BMW MOTORRAD MULA PRODUKSI SKUTER ELEKTRIK CE-04. RM49,000 SEUNIT
- BACA: BMW MOTORRAD LANCAR CRUISER R18 B DAN R 18 TRANSCONTINENTAL DI AMERIKA. ENJIN 1.8L, BERMULA RM91K