Motosikal

VIDEO RESTORASI GSX-750F

Suzuki GB telah menyiarkan satu klip video kerja-kerja restorasi model original Suzuki GSX-R750F pada acara pameran Motorcycle Live 2015.  

Suzuki-GSX-R750F-restoration-2016-mekanika (2)

Video itu antara lain menyerlahkan tentang jumlah alat-alat ganti tulen yang masih boleh didapati dalam Program Alat Ganti Vintaj anjuran Suzuki.

Diketuai oleh mekanik Team Classic Suzuki, Nathan Colombi memberitahu proses restorasi berkenaan cuma mengambil masa selama seminggu. GSX-R750F tersebut mampu disiapkan dengan menggunakan kombinasi alat ganti baharu dan yang telah dibersihkan.

Suzuki-GSX-R750F-restoration-2016-mekanika (1)

“Kami melancarkan Program Alat Ganti Vintaj dalam acara sama beberapa tahun lalu dengan membina sebuah TL1000 serba baharu pada tahun 2014. Untuk tahun 2015, kami ingin menghasilkan sesuatu yang lebih istimewa.

“Memandangkan sekarang adalah ulang tahun GSX-R yang ke-30 dan GSX-R1000 baharu turut dipamerkan, jadi restorasi GSX-R750F sememangnya satu pilihan yang tepat. Kami juga mahu membuktikan bahawa alat-alat ganti tulen motosikal Suzuki masih boleh didapati dengan mudah,” kata Koordinator Pemasaran Selepas Jualan Suzuki GB, Tim Davies.

GSX-R750F itu nyata menarik perhatian para pengunjung. Sekali gus menunjukkan minat orang ramai terhadap motosikal lama memang tidak pernah padam.

Antara motosikal yang menjadi sebahagian daripada Program Alat Ganti Vintaj Suzuki termasuklah RGV250, GT750, AP50, GT250 X7, GS1000, GSX-R750, model-model F-H dan GSX-R1100L.

Google ads
Back to top button