Artikel PilihanMotosikal

TRAGEDI DI THAI – PERCUTIAN SEKUMPULAN PEMUDA INI BERTUKAR JADI MIMPI NGERI

“Hanya orang gila saja yang tak suka ride di Thailand” pepatah Pak Amid yang memang kami semua tak nafikan. Thailand ada jalanraya yang cantik, pekan-pekan kecil yang menarik, pemandangan yang indah, makanan enak dan orangnya yang peramah.

Kita selalu dengar berbagai jenis pengalaman manis sewaktu di sana dan tak dinafikan, ia sebuah negara yang “mesra konvoi”. Industrinya bukan setakat pelancongan berasaskan pantai, hiburan dan budaya, Thailand menjanjikan keseronokan menunggang dengan pelbagai kemudahan. Tak perlu bawa motor pun, di sana motor besar pun senang nak sewa sampai ke 1000 corner pun boleh.

BACA: MUZIUM LHM, SYURGA PEMINAT MOTOSIKAL

Namun, perkongsian cerita ini adalah sebahagian daripada perkara yang anda perlu tahu. Ia kisah yang diceritakan oleh Syafiq atau lebih mesra dengan nama panggilan “misai sipmsia”. Beliau berkongsi pengalamannya sendiri tragedi yang menimpa konvoinya ketika bercuti di sana.

Apa yang dirancang sebagai percutian bermotosikal akhirnya jadi mimpi ngeri yang tak akan mereka lupakan. Ia adalah pengajaran yang berharga bagi sesiapa yang ingin menunggang di sana. Berhati-hatilah, kita jarang dihidangkan dengan cerita pahit begini.

*Petikan ini diambil dengan kebenaran saudara Syafiq (mekanika.com.my lakukan beberapa suntingan kecil terutamanya pada ejaan)

—————————————————————————————————————————————————-

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Disini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman ‘ride’ motorsikal di Thailand.

Pada minggu lalu saya dan rakan telah bertolak ke Chiang Mai menaiki kapal terbang dari KLIA2.
Setibanya kami di sana kami terus menaiki van shuttle airport menuju ke kedai motorsikal untuk disewa. Tambang dr airport ke pekan chiangmai hanyalah 40bhat seorang.

Di kedai motorsikal Pop Carrent kami telah memilih utk menyewa honda cb500x bagi meneruskan misi ride to mae hong son.

Kami memulakan perjalanan waktu tempatan 12pm menuju ke pai melalui route 1095 yg lebih mudah dan cepat.

Kami bermalam di guest house micasa sahaja selorong dengan masjid al israq pai dengan harga 450bhat kipas 600bhat dengan aircond.

Suasana malam di pai mcm di pulau dan suhu mencecah 18°C. untuk muslim tidak perlu risau kerana sepanjang jalan ada gerai makanan halal dan peniaga muslim berniaga barangan cenderahati.

Keesokkan paginya kami memulakan perjalanan ke mae hong song seawal jam 8 waktu tempatan dan tiba di mae hong song post office dan kami makan tengah hari di gerai sebelah masjid mae hong song jam 12 tengah hari dan kemudian ke chamber of commerse 1864 corner certificate jam 1 petang.

Selepas urusan mendapatkan sijil 1864 kami bergambar dan meneruskan perjalanan ke chiang mai melalui route 1095 semula.

Nasib kami agak malang apabila seorang ahli kumpulan telah terbabit kemalangan dengan kereta disalah satu selekoh bukit yg baru digondol lerengnya.
Lokasi google map 19.486965,98.045470 near 1095, Tambon Huai Pha, Amphoe Mueang.

Maka bermulalah cerita baru dimana kami berhadapan dengan pelbagai masalah terutamanya pertuturan (komunikasi).

Keadaan terkawal dengan kehadiran tentera mengawal lalu lintas dan beberapa orang tempatan yang melalui jalan tersebut ada yang berhenti memberi bantuan dan fasih berbahasa inggeris.

Keadaan sedikit tegang apabila kami dimaklumkan kena membayar segala kos kerosakan kereta tersebut. Dan pihak polis dipanggil bagi membantu menyelesaikan masalah.

Ketika itu pelbagai cara kami guna, menghubungi rakan di media sosial whatsapp faceboom dan juga kedutaan malaysia yg berada di bangkok bagi mendapatkan pandangan kerana kami buntu.

Sudahlah moto rosak, rakan cedera pulak hilang memori sekejap, kereta yg dilanggar pon rosak teruk, masa makin suntuk dan hari mula nak senja.

Setelah mendapat beberapa informasi berguna dari abang Sidek Eid dan beberapa lagi rakan. Kami berbincang dengan pihak polis untuk selesaikan masalah ini di balai polis mae hong son. Kami berpatah balik ke sana mujur jaraknya tidaklah jauh sangat.

Dan kenderaan yang rosak diangkut towing menuju ke chiang mai. Kami maklumkan kejadian tersebut dengan kedai motorsikal dan mereka sedikit tidak hiraukan moto. Sebaliknya bertanyakan keadaan rakan kami yang terbabit kemalangan tersebut. Syukur semua selamat tiada kecederaan serius.

BACA: HONDA MSX JADI PANIGALE DI THAILAND

Setibanya di balai polis mae hong song rakan kami disaman sebanyak 1000bhat dan report dan resit dikeluarkan manakala passport rakan dipegang oleh pemilik kereta dengan jaminan polis kerana kami akan selesaikan masalah ini bersama di chiang mai.

Kami dibantu dengan kenalan pemilik kereta untuk bermalam di gueathouse yang agak murah di mae hong son mujur ada stok makanan segera yang dibawa makan kami makan makanan tersebut sahaja.

Malam tu kami berfikir pelbagai idea dan yang paling penting sekali bagaimana hendak selesaikan masalah kereta dan motorsikal yang rosak. Maklumlah niat bercuti ride bukanlah satu percutian mewah. Dan kos perbelanjaan pon tidaklah tinggi.

Keesokkan paginya kami ride to chiang mai seawal jam 7 pagi kerana kami akan berurusan di kedai kereta di chiang mai dan motorsikal serta bank cimb terletak disana.

Kami bertolak dahulu diikuti pemilik kereta dan rakannya yg membantu menuju ke chiang mai. Kami berhenti di pai 11 pagi untuk makan dan sambung semula perjalanan dan tiba di chiang mai jam 1 petang.

Setelah berbincang dengan pihak insuran kereta terbabit dilindungi insuran type 1 dan boleh dituntut untuk dibaiki. Kami berasa lega sangat dan kami di arahkan pula untuk membayar kos ganti rugi kerana pemilik. kereta tiada kenderaan untuk bergerak.

Kiraan wakil insuran menyuruh pemilik kereta meminta kami membayar 800bhatx30hari = 24000 sebulan bagi kos sewa kereta dan selama kereta tersebut disiapkan lbh kurang 6 bulan. (24000bhat x 6bulan = 144000bhat).

Masa ini keadaan mula tegang dan kami mula meminta kurang kos kerana kemalangan ini tidak disengajakan.

Pihak kedutaan memberitahu memang ini cara di Thailand. Fuuh matila tak balik Malaysia la macamni itu lah ungkapan yang mudah.

Mujur zaman serba canggih ni kami dapat berhubung dengan orang di malaysia. Dan ketika perbincangan itu wakil insuran pon beredar dan meninggalkan kami selesaikam masalah dengan pemilik kereta.

Kami agak pelik tapi kami tak dapat baca polisi insuran mereka kerana dalam bahasa thailand.

Ini belum cerita kedai motorsikal lagi, entah berapa pulak nak kena bayar. Kami bertanyakan wakil kedai motorsikal tentang motor tersebut dan meraka beritahu kosnya 65000bhat.

Hah amek bala yang menimpa 144000 + 65000 = 209000bhat cuba convert duit malaysia. Pitam..

siapa nak tolong bagi duit banyak2 kat kami yang kat thailand ni?

Nak roger sana sini pon data makin kurang, kredit telepon pon makin kurang, duit ditangan pon tak boleh guna sangat dah.

Ketika saya berhubung dengan rakan di chiang mai dan hatyai mereka mintak bercakap dengan owner dan mereka memberi cadangan yang biasa mereka lakukan jika berlaku kemalangan.

Kami meminta pemilik kereta dengar dahulu apa tawaran kami.

Kami mintak kurang kos tanggungan.
Kami bayar mana yang kami mampu dahulu
Selebihnya ansuran dengan jaminan.
Dan kami minta dia suarakan masalah dia pula.

Alhamdulillah pemilik kereta pon boleh berbincang dan dia bersetuju untuk menerima 50000bhat sebagai kos ganti rugi dengan membeli motorsikal untuk memudahkan dia bergerak. Dan ansuran bulanan kereta sahaja perlu dibayar selama kereta dia hendak disiapkan.

Dan kami menuju ke cimb chiangmai. Had pengeluaran tetap ada. Makan kami keluarkan duit dr tansfer sini ke sana.

Ternyata cimb banyak membantu dengan kadar rate nya dan tiada caj tambahan. Selesai membayar 50000bhat kami bertukar detail dan senang untuk berurusan kemudian hari.

Malam tu kami bermalam di gusthouse berdekatan night bazaar chiang mai kerana disitu ada halal street.

Keesokkan harinya kami ke kedai motorsikal dan berbincang dengan tuan kedai sendiri.
Dia memberikan kami diskaun dari 65000bhat ke 50000bhat.

Dan kami diberi pilihan untuk membayar sedikit dan selebihnya transfer dari malaysia sedikit demi sedikit.

Di sana tokey tidak habis bertanyakan keadaan rakan yang kemalangan. Adakah benar2 dia ok atau tidak. Begitu dia mengambil berat keadaan kami dan kami diberikan pilihan utk menukar motorsikal skuter untuk berurusan sehari semalam lagi di chiang mai. Dan pulangkan semula sebelum bertolak balik ke malaysia.

Selesai segalanya urusan pemulangan passport pon diterima dan segala detail diberikan kami pulang ke malaysia.

Kami tidak dapat.mention beberapa nama kerana isu privasi dan kami sangat2 berterima kasih dengan semua pihak yang membantu. Dan yang paling utamanya kami berjaya balik dan kami selamat.

Sambung kerja cuti sudah habis dan selesaikan hutang yang ada sedikit lagi. Andai ada diantara anda semua ada pandangan boleh la direct inbox saya di facebook. Kami amat mengalukan.

Dan tujuan post ini di share untuk memberitahu serba sedikit cara dan tips jika berlaku kemalangan di sana.

  1. Pastikan anda ada sim card tempatan yang berinternet dan sedikit kredit.
  2. Rakan2 keluarga di malaysia tahu pergerakan anda sentiasa check in.
  3. Duit spare sentiasa ada jika berlaku kecemasan.
  4. Kad atm cimb amat membantu disini berbanding kad kredit yang akan ada extra fee
    Serta kadar tukaran matawang yang cun.
  5. Bertenang, buat berbincang dengan lembut dengan orang tempatan.
  6. Jangan pertikaikan apa2 cara mereka kerana ini adalah negara mereka dan tidak dinafikan ada yang baik dan boleh kita ambil contoh.

Kemalangan tidak diingini tapi boleh berlaku dimana2 kepada sesiapa sahaja. Segala masalah ada jalan penyelesaiannya.

Sekian terima kasih.
ME541

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button