
HONDA DEDAH GAMBAR RASMI CIVIC GENERASI KE-11
Sejak November, Honda mula teaser gambar jentera terbaharu Civic generasi ke-11 di laman media sosial.
Terbaharu, gambar rasmi Honda Civic 2022 mula didedahkan malah ia kelihatan agak menarik.
Jentera terbaharu itu kelihatan didatangkan dengan gril melintang yang lebih besar dan garang malah sekali pandang kelihatan seperti Honda Accord.

Honda berkata rekaan terbaharu berkenaan mengutamakan falsafah reka bentuk berpaksikan manusia yang mengetengahkan keseluruhan persekitaran untuk pemandu dan penumpang.
Ia turut meminimumkan ruang yang diperlukan untuk komponen mekanikal di dalam jentera terbaharu itu.

Selain itu, Honda ingin meningkatkan keupayaan para pemandu sekali gus menikmati pemanduan kereta dalam persekitaran lebih selamat.
Menurut carbuzz, Honda akan mendedahkan gambar, video dan spesifikasi jentera terbaharu itu pada 28 April nanti. – carbuzz
- BACA: HONDA CIVIC TYPE R 2021 LIMITED EDITION UNTUK DILELONG. BIDAAN DAH CECAH 190K
- BACA: DIJANJI HONDA CIVIC TAPI DAPAT MYVI. REMAJA LUAH RASA BENGANG TERHADAP BAPA DI LAMAN SOSIAL
- BACA: HONDA CIVIC TYPE R 2021 TIBA DI AUSTRALIA. ACTIVE SOUND CONTROL, LogR, HARGA NAIK RM9K JADI RM169K
- BACA: HONDA CIVIC TYPE R VS RENAULT MEGANE R.S. 300 TROPHY. MANA LAGI POWER?