TRAK PIKAP KONSEP VOLKSWAGEN TAROK – TAWAR FLEKSIBILITI UNTUK PASARAN AMERIKA SELATAN
Volkswagen of America dijangka memperkenalkan trak pikap konsep Tarok pada acara New York International Auto Show 2019.
Trak pikap kompak yang dipertontonkan pertama kali pada hujung tahun lalu di Sao Paolo, Brazil itu dijadual diproduksi untuk pasaran Amerika Selatan tidak lama lagi.
Walaupun Volkswagen tidak merancang untuk menawarkan trak itu di pasaran Amerika Syarikat, Tarok dipamerkan bagi mengukur minat pasaran terhadap sebuah trak pikap yang kompak dan versatil.
Dibina di atas platform MQB, dimensi Tarok adalah sepanjang 193.5 inci. Tetapi ia mampu mengangkut barang dengan panjang sehingga 73.2 inci. Terima kasih kepada inovasi reka bentuknya yang membolehkan ruang kargo dipanjangkan ke bahagian kabin.
Selain Atlas, Tarok ialah kenderaan paling besar dibina menggunakan platform MQB. Dari segi dimensi, Tarok mempunyai lebar 72 inci (tidak termasuk cermin sisi) dan setinggi 66 inci (tanpa roof rail). Tapak roda pula sepanjang 117.7 inci dengan overhang 36.0 inci di hadapan dan 39.8 inci (belakang).
Kunci kepada versatiliti Tarok terletak pada ruang kargo yang boleh diubah. Ruang itu boleh diluaskan bukan sahaja apabila penutup belakang dibuka, tetapi dengan menggunakan mekanisma baru untuk melipat bahagian bawah panel kabin penumpang.
Tempat duduk belakang boleh dibuka dan dilipat menggunakan satu mekanisma yang mudah untuk dioperasi.
Panel belakang itu kemudian dikunci dari dalam melalui satu sistem elektrikal. Satu mekanisma penutup membantu memastikan ruang kabin tidak dimasuki air.
Ruang dalaman pula diserlahkan melalui rekaan instrumen dan sisten kawan pendingin hawa digital sepenuhnya.
Manakala sistem infohibur dengan skrin paparan bersaiz 9.2 inci dan Kokpit Digital Volkswagen membolehkan penumpang menggunakan pelbagai aplikasi serta perkhidmatan dalam talian.
Tarok digerakkan oleh enjin turbo TSI 1.4 liter berkuasa 147hp yang dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan dan pacuan semua roda 4Motion. Pemandu boleh memilih empat mode pemanduan iaitu Onroad, Snow, Offroad dan Custom Offroad mengikut kesesuaian.
- BACA: KERETA CONTI MAMPU MILIK – VOLKSWAGEN PASSAT DAN KOS PENJAGAANNYA
- BACA: MAHAL KE KALAU NAK MAINTAIN VOLKSWAGEN GOLF MK6 1.4 TSI?
- BACA: VIDEO REBIU: SEDAN VOLKSWAGEN – VENTO, JETTA & PASSAT B8
- BACA: VOLKSWAGEN HENTIKAN PENGELUARAN SCIROCCO, TIADA LAGI MODEL BARU SELEPAS INI
GALERI