Buletin

TRANSMISI MANUAL BARU DARI TOYOTA MUNGKIN AKAN MENJIMATKAN BAHAN API DAN MEMBANTU PEMANDU BARU (DAN MANJA)

Sistem transmisi automatik baru boleh meletakkan kenderaan dalam keadaan neutral sewaktu bergerak bagi mendapatkan tahap ekonomi bahan api yang lebih baik. Toyota baharu sahaja mempatenkan kotak gear baharu bagi mencapai matlamat yang sama tetapi ia sedikit rumit kerana ia merupakan kotak gear manual.

Toyota baru sahaja diberikan hak paten untuk “Controller for vehicle and control method for vehicle” minggu lepas. Dengan kata lain Toyota sudah berjaya mendapatkan hak milik intelek terhadap kotak gear manual baru yang boleh dineutralkan sewaktu enjin/kenderaan sedang bergerak. Ia juga mempunyai beberapa faedah lain iaitu memanjangkan usia enjin dan membantu pemandu baru yang tidak biasa dengan transmisi manual dari menjahanamkan kereta mereka.

Sistem tersebut berfungsi dengan:
Satu unit kawalan mempunyai keupayaan untuk mengoperasikan sistem transmisi dan klac manual. Jika didapati keadaan bersesuaian,ia akan bertindak memutuskan klac secara automatik dan enjin juga akan dibiarkan dalam keadaan melahu bagi menjimatkan bahan api. Selain daripada itu ia juga akan mengaktifkan satu kunci keselamatan bagi mengelakkan pemandu dari memasukkan gear yang terlalu rendah ataupun tinggi secara tidak sengaja selepas sistem tersebut dibatalkan dan klac serta gear diaktifkan kembali.

BACA: PRA-TONTON TOYOTA C-HR BERMULA BULAN DEPAN

Di stulah ia akan membantu pemandu baharu di mana sistem tersebut akan membantu pemandu dari melakukan kesilapan dengan memasukkan gear terlalu rendah menyebabkan enjin mengaum ataupun gear terlalu tinggi mengakibatkan kereta menjadi ‘berat’. Secara teorinya, ia juga akan mengelakkan pemandu yang terlebih ‘handal’ dari memasukkan gear yang salah dalam keadaan yang tidak sesuai, contohnya sewaktu menekan minyak ke garisan merah setiap kali mahu melakukan tukaran. Jika kesilapan berlaku tak ke berkecai kotak gear tu nanti?

Tetapi kenapa mahu berhenti setakat itu sahaja? Jika sebuah kereta boleh mengaktifkan dan mematikan klac dan juga transmisi, bermakna secara teori, Toyota sudah boleh menghasilkan teknologi sistem stop-start untuk transmisi manual tanpa pemandu perlu menggeakkan tuil gear ke kedudukan manual. Mereka juga tentu menambah sistem bantuan lain seperti brek kecemasan automatik, yang membolehkan enjin kenderaan dimatikan sebaik kenderaan dihentikan.

Sebenarnya paten dimiliki Toyota tidak menjelaskan dengan mendalam tentang fungsi-fungsi kotak gear baru ini. tetapi jika dilihat kepada kemampuan kotak gear manual baru ini yang boleh mengawal transmisi dan klac secara bijak, fungsi-fungsi yang disebutkan di atas bukanlah sesuatu yang mustahil untuk diadakan.

BACA: TIPS PENTING UNTUK PENGGUNA TRANSMISI CVT

Sebenarnya BMW dan Mercedes-Benz juga mempunyai sistem yang agak sama dengan yang dipatenkan Toyota tetapi untuk transmisi automatik. Sistem BMW akan menurunkan putaran enjin ke kedudukan melahu sewaktu kenderaan meluncur bebas di lebuh raya, manakala sistem Mercedes pula membenarkan enjin ‘dimatikan’ terus sewaktu meluncur untuk lebih penjimatan. Tetapi setakat ini masih belum ada lagi pengeluar yang memanipulasi teknologi ini untuk transmisi manual. Tambahan pula transmisi manual memang selalu terpinggir dari sebarang penambahbaikan dari segi teknologi.

Tetapi dengan adanya paten baru daripada Toyota ini kami rasa yang transmisi manual masih mempunyai masa depan yang cerah dan belum lagi akan berkubur.

Google ads
Back to top button