Buletin

BERITA SEDIH – TATA BATALKAN RANCANGAN KELUARKAN MODEL SPORT

Kami tahu apa yang akan bermain di fikiran anda bila terdengar nama Tata. Mesti anda terbayang kepala lori balak, SUV Tata Scorpio yang menjadi kenderaan rasmi polis India yang gagah perkasa bernama Singham ataupun trak pikap Tata Telcoline mempunyai harga pasaran yang hampir sama dengan Proton Tiara.

Jangan main-main kerana awal tahun baru-baru ini Tata pernah merancang untuk mengeluarkan model sport yang setanding dengan Mazda MX-5 ke pasaran. Model yang dipamerkan di Geneva Motor Show pada Mac lalu dinamakan Racemo yang dikatakan bakal menjadi sebuah kereta sports mampu milik untuk semua.

Namun sedihnya, walaupun mempunyai rekabentuk yang menarik dan angka prestasi yang agak mengkagumkan, Autocar India melaporkan yang projek tersebut telah ditangguhkan kerana para eksekutif syarikat berpendapat adalah lebih bijak untuk meneruskan pelaburan dalam sektor kenderaan komersial yang menjadi bisnes teras Tata sejak dari dahulu.

BACA: TATA MOTORS PERKENAL KERETA SPORT KECIL DOI GENEVA

Baru-baru ini dikatakan bisnes kenderaan komersil Tata agak merudum dan tidak menentu menyebabkan Pengerusinya, N Chandrasekaran mencadangkan agak syarikat mengutamakan bahagian kenderaan komersil.

Tata sebelum ini bercadang menghasilkan Racemo memggunakan teknologi rekaan baharu yang dinamakan Moflex selain menghasilkan kenderaan kecil untuk kegunaan di bandar-bandar besar dan crossover berkuasa elektrik.

BACA: ECONOMY CAR – USAHASAMA TATA MOTORS DAN VOLKSWAGEN

Mengikut rancangan asal, Racemo dikatakan akan dikuasakan denganenjin 1198cc generasi baru berkuasa turbo 3-selinder yang mampu menjana 190 bhp kuasa maksima bila digabungkan dengan kotak gear AMT enam-kelajuan. Ianya cukup ringan dengan berat kering sekitar 800 kilogram sahaja.

Berdasarkan konsep yang dipamerkan, kereta ini cuma mampu membawa dua orang sahaja iaitu pemandu dan penumpang dan mampu membuat pecutan 0-100 km/j hanya dalam masa 6 saat. Tidak sehebat supercar berharga jutaan Ringgit tetapi cukup untuk sebuah kereta sport ringan sepertinya.

Paling menarik ialah rekaan belakangnya yang tidak kurang agresif jika dibandingkan dengan Honda Civic Type-R terbaru. Malah dari satu sudut kami rasakan yang Racemo ini kelihatan lebih agresif. Kalau cakap ini keluaran Tata pun rasanya ramai yang tak percaya.

?????????????????????????????????????????????????????????

Memang cukup sayang jika pengeluaran kereta secantik ini digantung tidak bertali. Apatah lagi ia keluaran sulung India untuk kategori sport seperti ini. Harap-harap bos Tata akan berubah fikiran dan meneruskan rancangan asal untuk menghasilkan kereta sport mampu milik ini.

Google ads
Back to top button