Buletin

TREND SKRIN BESAR BAKAL LENYAP – BMW

Kebelakangan ini, banyak pengeluar berlumba-lumba menawarkan skrin paparan yang lebih besar, dengan jumlah yang agak banyak untuk sebuah kereta yang hanya digunakan beberapa jam sehari.

Seperti contoh, Mercedes-Benz dengan MBUX Hyperscreen dan BMW hadir dengan skrin 8K bersaiz 31 inci yang dikhususkan untuk penumpang belakang BMW 7-Series dan BMW i7.

Namun, adakah peperangan skrin sebesar alam ini akan berterusan? Jawapannya tidak, menurut ketua unit rekaan dalaman BMW i, Matthias Junghanns.

Dalam satu temubual, beliau secara peribadi menegaskan skrin bersaiz besar ini bakal menjadi satu sejarah dalam masa terdekat.

“Kereta bakal menjadi pintar, namun antaramuka hanya akan wujud ‘bila anda memerlukannya, dan bila anda benar-benar mahukannya’.”

Dalam pada itu, pengurus rekaan dalaman Polestar Conny Blomme turut bersetuju dengan pandangan Junghanns.

“Setiap benda akan ada kemuncaknya, begitu juga dengan trend skrin masa kini. Kebanyakan masa anda bergerak di dalam kereta, dan anda lebih menikmat pemandangan berbanding apa yang ditawarkan oleh skrin paparan. – The Drive

Google ads
Back to top button