Motosikal

TRIUMPH SPEED TRIPLE RR MASUK PASARAN MALAYSIA. HARGA BERMULA RM119,900 SEUNIT

TRIUMPH Motorcycle Malaysia (Triumph Malaysia) mendedahkan roadster terbaharu Speed Triple RR di pasaran tempatan.

Jentera terbaharu itu ditawarkan pada harga bermula RM119,900.

Ia didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu merah/kelabu (Red Hopper/Storm Grey) dan putih/kelabu (Crystal White/Storm Grey).

Roadster terbaharu yang menampilkan rekaan sporty itu memiliki berat 199kg dengan tinggi pelana 830mm bagi memudahkan pengendalian tunggangan.

Selain itu, motosikal hadir dengan tangki minyak berkapasiti 15.5 liter tersebut mendapat sentuhan gentian karbon premium dalam menambah perincian pada bahagian fairing dan kokpit.

Bahkan, ia digabungkan dengan panel sisi dan mudguard gentian karbon baharu menyerlahkan lagi sisi sporty jentera berkenaan.

Speed Triple RR mendapat khidmat enjin empat lejang 3 silinder sebaris 1,160 cc DOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api dipadankan transmisi manual enam kelajuan.

Ia mampu menjana kuasa mencecah 177.6 hp @10,750 rpm dan tork 125 Nm @9,000 rpm.

Dari segi keselamatan, jentera terbaharu itu hadir dengan Optimised Cornering ABS, Traction Control dan lima mod tunggangan iaitu Rain, Road, Sport, Track serta Rider Configurable.

Skrin TFT pula adalah bersaiz lima inci dengan paparan warna penuh.

Ia turut dilengkapi fork terbalik (USD) Öhlins 43mm pada bahagian hadapan manakala monoshock Öhlins RSU di belakang.

Tidak ketinggalan, sistem brek pula dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) manakala cakera kembar 320mm dipadankan kaliper Brembo Stylema di depan serta cakera tunggal 220mm dengan kaliper Brembo di belalang.

Untuk keterangan lanjut mengenai Speed Triple RR boleh melayari www.triumphmotorcycles.my.

Google ads
Back to top button