Buletin

TRIUMPH RASMI PUSAT PENGEDAR DI PULAU PINANG, DEDAH JENTERA STREET TRIPLE 765 MOTO2 EDITION

Triumph Motorcycles Malaysia melalui DIDI Group, baru-baru ini merasmikan pusat pengedar cawangan Pulau Pinang menerusi pengedar GB Motorcycles.

Pembukaan pusat pengedar baharu ini selaras dengan perkembangan jenama Triumph di pasaran Malaysia selain, menghadirkan pengalaman luar biasa kepada pelanggan di wilayah utara Malaysia.

Selain pusat pengedar, Triumph turut mendedahkan model Street Triple 765 Moto2 Edition.

Terhad kepada 765 unit, Triumph Street Triple 765 Moto2 Edition ini menampilkan spesifikasi tertinggi pernah ditawarkan pada model Street Triple.

Model edisi Moto2 ini menggabungkan kuasa dan tork daripada varian RS selain mempunyai ‘Handlebar’ yang unik serta fork boleh laras dari Öhlins.

Menjelmakan semangat perlumbaan Moto2, Street Triple 765 Moto2 Edition ini tiba bersama panel badan gentian karbon yang bukan sahaja meningkatkan ciri aerodinamik malah turut menambah elemen canggih.

Selain itu, lencana Moto2 juga dipaparkan pada panel badan untuk menyerlahkan lagi elemen perlumbaan.

Untuk rekod, setiap unit datang dengan nombor siri khas bagi menekankan status sebagai model edisi terhad sekaligus memberi nuansa eksklusif kepada pemilik.  

Triumph Street Triple 765 MOTO2 Edition boleh dimiliki pada harga RM89,900.

GALERI:

Google ads
Back to top button