TUNER JEPUN DAMD TUKAR SUZUKI JIMNY JADI G-CLASS & DEFENDER
Tuner terkenal dari Jepun, DAMD Inc. baru-baru ini mengetengahkan hasil kerja mereka yang dilihat sangat menarik.
Bodykit yang mereka hasilkan nampaknya mampu menukar sebuah SUV Suzuki Jimny menjadi Mercedes-Benz G-Class dan Land Rover Defender versi mini.
Sebelum ini, DAMD ada menghasilkan bodykit untuk Toyota 86 dan membuatkan jentera itu kelihatan seperti sebuah Lexus LFA. Power betul!
Apa yang menarik ialah bodykit yang mereka hasilkan itu langsung tidak nampak pelik. Malah tidak mustahil boleh membuatkan ramai yang ingin mendapatkan Suzuki Jimny dan dipasang dengan bodykit tersebut.
Diberi nama Little G dan Little D, bodykit itu akan mula dijual pada tahun depan. Little G menerima bampar baharu yang lengkap bersama lampu bulat, kelihatan seperti rekaan Mercedes-Benz.
Fascia bawah dan penyimpan roda simpanan di belakang juga direka agar nampak sama dengan G-Class. Tidak ketinggalan ialah rekaan
Sementara Litte D pula terdiri daripada hud yang sememangnya menyerlahkan rekaan klasik Land Rover. Kit-kit lain termasuklah gril, bampar dan plat sisi.
Sementara bampar belakang dan mud flaps melengkapkan tranformasi bahagian belakang Defender jadian ini.
DAMD masih belum menyatakan berapakah harga semua bodykit tersebut. Apa yang pasti, ia jauh lebih murah berbanding hendak membeli G-Class dan Defender sebenar.