Buletin

TUNGGANG MOTOSIKAL DALAM PASAR RAYA. ADA-ADA SAJA LAA

Seorang lelaki melakukan tindakan pelik dan mengejutkan pengunjung dengan menunggang motosikal di dalam sebuah pasar raya sambil membunyikan hon.

Rakaman video kelakuan lelaki itu turut menjadi viral di laman sosial Facebook.

Seorang pengawal keselamatan sebuah kedai emas di pasar raya itu, Amirul Asyraf Ibrahim, 20, berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 11 pagi semalam.

“Saya nampak penunggang motosikal itu masuk secara mengejut melalui laluan keluar pasar raya sambil dikejar pengawal keselamatan,” katanya.

Amirul Asyraf berkata, lelaki yang turut memakai pelitup muka dan mengenakan topi keledar itu kemudian terus ke laluan belakang dan berpatah semula ke depan sebelum keluar dari pasar raya terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Setakat ini, polis tidak menerima sebarang aduan tentang perkara ini,” katanya. – Sinar Harian

Google ads
Back to top button