Artikel Pilihan

SEGALANYA TENTANG JENTERA BOMBA. BUKAN SEKADAR MEMADAM API

Masa kecil-kecil dulu antara perkara yang menarik perhatian penulis ialah ambulans, jentera bomba dan juga kereta polis. Disebabkan dah besar ni makin nakal sikit, kita biasa merasa seram sejuk bila melihat kereta polis trafik. Kita lebih terpesona dengan jentera bomba yang memang direka khas untuk menghadapi situasi kecemasan dan memadamkan kebakaran

Kami bawakan anda fakta pantas berkenaan jentera bomba yang ada di seluruh dunia pada hari ini.

1. Jentera bomba atau lori bomba sebenarnya merupakan sebuah lori yang dipasang dengan pelbagai alatan khas untuk memadamkan kebakaran samaada di kediaman, di hutan, lapangan terbang dan juga pelbagai aktiviti menyelamat yang lain. Jadi memang tak akan wujud sebuah lori bomba yang sama antara satu negara dengan negara yang lain

Gambar dari Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat

Bomba akan menghasilkan spesifikasi tersendiri berdasarkan keperluan setempat. Jika pasukan bomba ini berada di tengah bandar, ia perlu dilengkapi dengan tangga dan kren khas. Untuk kawasan pedalaman, ia perlu membawa sendiri air di dalam jentera bomba. Untuk memadam kawasan hutan, jentera dengan 4×4 atau 6×6 lebih sesuai

2. Tapi tujuan utama jentera bomba ialah untuk membawa anggota bomba dan penyelamat bersama-sama dengan peralatan menyelamat ke lokasi bencana. Dalam bencana alam seperti banjir, pasukan bomba dan penyelamat turut membawa bersama-sama bot penyelamat bagi tujuan pemindahan mangsa banjir.

Gambar dari Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat

3. Kebanyakan jentera bomba diwarnakan dengan warna merah, dipasang dengan lampu amaran pada bahagian atas serta siren amaran. Di negara Jepun, satu ketika dulu kenderaan awam dilarang sama sekali mewarnakan kenderaan mereka dengan warna merah bagi membezakannya dengan jentera bomba.

Sehinggalah Soichiro Honda meminta parlimen Jepun meminda semula peraturan tersebut. Bagi jentera bomba yang bertugas di lapangan terbang, ia diwarnakan dengan warna kuning seakan kehijuan. Pasukan bomba dan jentera ini dilatih khas bagi operasi memadam kebakaran kapal terbang dan menyelamatkan penumpang

Gambar dari Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat

4. Bagi pasukan bomba dan penyelamat untuk operasi kemalangan jalan raya, mereka akan datang bersama dengan Emergency Medical Rescue Service (EMRS). EMRS akan memberi bantuan kecemasan kepada anggota bomba yang cedera ketika operasi di lokasi ataupun memberi bantuan kepada orang awam. Namun EMRS tidak akan menghantar mangsa ke hospital kecuali mendapat arahan.

5. Bagi kawasan bandar, jentera bomba akan dilengkapi dengan pam air yang berkuasa tinggi. Ia mampu memancutkan air sehingga 2250 liter per minit bagi memadam api dengan berkesan. Bekalan air biasanya didapati dari pili bomba yang berdekatan.

Gambar dari Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat

Anggota bomba akan menyambungkan hos pada pili dan pam akan meningkatkan tekanan air seperti yang dikehendaki. Pam berkuasa tinggi ini bukannya murah tuan dan pam ini akan dikuasakan dengan enjin disel yang ada pada jentera bomba

6. Satu lagi jenis jentera bomba dikenali dengan nama water tender/foam tender yang dibina khas dengan tangki air sehingga 4500 liter air dalam satu masa atau 500 liter buih bagi memadamkan api yang berpunca dari pembakaran hidrokarbon. Namun sama seperti jenis jentera no 5, ia mampu mengepam air dari punca selain pili bomba seperti anak sungai atau tasik.

Gambar dari Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat

Kalau tak cukup lagi, pasukan bomba memiliki lori tangki air dengan kapasiti 20,000 liter yang biasa digunakan untuk memadamkan api di kawasan yang terpencil.

7. Dalam sesetengah situasi, jentera bomba memerlukan proses pemadaman yang dilakukan dari aras yang lebih tinggi. Ia dibuat oleh jentera bomba yang dipasang dengan kren. Biasanya hujung kren ini akan dipasang dengan deck gun yang akan memancutkan air atau buih bagi memadamkan kebakaran.

Gambar dari Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat

8. Bagi operasi menyelamat dan memadamkan api di lapangan terbang, di Malaysia ia dikendalikan oleh Airport Fire Rescue Service. Pasukan ini bertanggungjawab untuk memberi respon pantas, operasi menyelamat anak kapal dan penumpang serta memadamkan kebakaran yang melibatkan pesawat sekiranya ada. Malah mereka juga memiliki jentera water tender/foam tender mereka sendiri.

Gambar dari Facebook Airport Fire & Rescue Service

9. Antara peralatan menyelamat yang standard yang biasa dijumpai pada jentera bomba ialah tangga menyelamat, hydraulic rescue tool atau alat untuk membuka kenderaan tersepit, spotlight berkuasa tinggi, hos air untuk sambungan ke pili bomba, alat pemadam api mudah alih, alat bantuan pernafasan, tong oksigen, kapak dan bagi tujuan mencari dan menyelamat mangsa lemas ialah peralatan menyelam.

Google ads
Back to top button