Artikel Pilihan

UBAHSUAI HARAM ENJIN DIESEL, PENGARAH SYARIKAT SPARTAN DIESEL TECHNOLOGY DIPENJARA SETAHUN

Tuner atau pakar ubah suai enjin diesel bakal berhadapan dengan hukuman penjaran selama setahun apabila didapati bersalah selepas menjalani proses perbicaran di mahkamah. Pengasas syarikat Spartan Diesel Technology berhadapan dengan hukuman ini apabila Jabatan Kehakiman Amerika mendapati beliau bersalah menjual alat untuk menipu ujian pencemaran asap

Pengasas syarikat ini juga akan dikenakan denda sebanyak 2 juta USD selain hukuman penjara selaras dengan Akta Udara Bersih yang dikuatkuasakan oleh EPA (Environmental Protection Agency). Pengasas syarikat, Matthew Sidney Geouge didapati bersalah selepas mengedarkan beribu-ribu alat tersebut ke pasaran

Spartan Diesel Technologies merupakan salah satu tuner diesel yang popular di kalangan pemilik Ford dengan memasarkan alat yang dinamakan sebagai Phalanx. Akibat pemasangan alat ini, enjin akan membebaskan banyak soot atau jelaga hitam daripada ekzos

Menurut EPA, Spartan didapati menjua sekitar 14,000 alat ini dengan jumlah jualan sekitar 10 juta USD selain dituduh menipu dalam melarikan cukai daripada jabatan cukai. Syarikat ini pernah disaman oleh EPA pada tahun 2015 sebanyak 4.15 juta USD

Selepas ditangkap dan dibicarakan pada tahun 2021, George menukar pengakuan kepada bersalah. George juga akan dikenakan hukuman tidak boleh meninggkan rumah selama 6 bulan selepas dibebaskan dari penjara, perlu melaporkan diri kepada polis selama 3 tahun, perlu melakukan servis komuniti dan berhutang dengan jabatan cukai sebanyak 1.2 juta USD

Bagi pasaran Amerika, EPA dilaporkan semakin serius menyiasat dan mengambil tindakan mahkamah pada mana-mana syarikat ubahsuai kenderaan yang melibatkan kes pencemaran alam sekitar. Kes Spartan Diesel Technology adalah kes permulaan kepada banyak lagi kes pencemaran alam sekitar yang lain

Google ads
Back to top button