MAZDA CX-8 FACELIFT 2022. ENJIN 2.5L TURBO, GVC PLUS, BERMULA RM178K
Bermaz Motor hari ini melancarkan SUV CX-8 2022 ke pasaran tempatan. SUV tujuh tempat duduk itu hadir dengan beberapa bentuk penambahbaikan dan varian baharu yang dilengkapi enjin SKYACTIV-G-2.5L Turbo.
Dari segi saiz, CX-8 diposisikan di antara model CX-5 dan CX-9. SUV tujuh tempat duduk itu ditawarkan untuk mereka yang mahukan sebuah kenderaan keluarga bergaya dan mampu memenuhi ekspektasi.
Bagi model tahun 2022, CX-8 didatangkan dengan ciri-ciri baharu seperti GVC Plus, tambahan port USB untuk penumpang baris ketiga, kluster meter bersaiz tujuh inci, tempat duduk kuasa 8 talaan, pintu belakang bebas tangan dan cermin sisi yang boleh dilipat secara automatik.
Varian High dan Mid 2.5L menerima balutan tempat duduk kulit berwarna hitam. Manakala varian High Plus masih menggunakan kulit Nappa bersama kemasan merah.
Varian CX-8 2.5L ke atas juga hadir dengan rekaan grill baharu, lampu LED Signatur, lampu kabin LED, pengecas tanpa wayar dan ketersambungan Apple CarPlay menerusi paparan infohibur Mazda Connect.
Varian CX-8 2.5L dan ke atas dilengkapi kemasan Gunmetal pada gril hadapan dan krom pada bampar. Selain fungsi ventilasi dan pemanas untuk tempat duduk hadapan.
Ciri-ciri i-Activesense yang merangkumi Adaptive Front-lighting System (AFS), High Beam Control (HBC), Smart Brake Support (SBS) depan belakang, Mazda Radar Cruise Control (MRCC) dan stop/go turut disertakan.
Enjin SKYACTIV-G-2.5L Turbo mampu menjana kuasa 228hp dan tork 420Nm dengan pecutan maksimum 200km/j bersama sistem pacuan semua roda (AWD). Kuasa itu disalurkan ke roda menerusi kotak gear enam kelajuan automatik dan mode Manual Shift.
Dengan kapasiti tangki bahan api 74 liter, Mazda CX-8 2.5L Turbo ini mampu mencatatkan penggunaan bahan api serendah 8.7 liter untuk setiap 100km.
Sementara varian lain pula masih mengekalkan enjin Skyactiv-G 2.5 liter aspirasi biasa berkuasa 192hp dan tork 258Nm pada 4,000rpm, serta enjin diesel Skyactiv-D 2.2 liter.
Jentera tersebut dipasang di kilang Mazda di Kulim, Kedah. Pelanggan boleh memilih di antara warna merah, kelabu, putih mutiara, hitan serta dua warna baharu iaitu Platinum Quartz dan Polymetal Gray.
CX-8 2022 ditawarkan pada harga bermula RM177,674 bersama jaminan dan penyelenggaraan percuma selama lima tahun dengan had perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).
- BACA: MAZDA NAK BUAT BANYAK SUV: CX-50, CX-60, CX-70, CX-80, CX-90!
- BACA: MAZDA CX-8, PENGGANTI ALPHARD/VELLFIRE?
- BACA: GEELY HOUYUE – 2 PILIHAN ENJIN TURBO, MAHU SAINGI MAZDA CX-8
- BACA: INGAT LAGI MAZDA FAMILIA? INI FAMILIA VAN TERBARU!
GALERI