Buletin

UMW TOYOTA BAKAL BUAT PENGUMUMAN PENTING DI FB DAN INSTAGRAM PADA 17 DIS 2020

UMW Toyota Motor bakal membuat beberapa pengumuman penting dan menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk turut serta dalam acara secara langsung dalam talian pada 17 Disember 2020.

Orang ramai boleh melihat sendiri pengumuman itu menerusi Facebook dan Instagram rasmi UMW Toyota Motor pada jam 7.30pm.

“Kami ada kejutan untuk dikongsi. Saya boleh katakan ia merupakan sesuatu yang ditunggu ramai, apatah lagi selepas kita menjalani tahun 2020 yang sangat mencabar ini.

“Apa yang akan diumumkan nanti itu merupakan yang pertama dalam industri buat Toyota dan menjadi asas kepada tahun 2021,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K. 

Naib Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama memberitahu Toyota mahu terlibat dalam acara dan program dengan skala lebih besar dan bermakna pada tahun hadapan. 

“Perincian penuh akan didedahkan pada 17 Disember 2020, ini bukan perkara kecil! Di Toyota, kami bukan hanya menghasilkan kereta, malah membangunkan modal insan luar biasa juga menjadi keutamaan Toyota.  Rakyat Malaysia jelas menunjukkan semangat yang kuat dan kesungguhan ketika mendepani cabaran sepanjang tahun 2020. 

“Sekarang adalah masa untuk terus maju ke hadapan!,” kata Takeyama. 

Apakah pengumuman itu? Tunggu dan jangan lupa tarikh 17 Disember 2020 jam 7.30 malam tau.

Google ads
Back to top button