Buletin

HONDA ROPOT BANTU KANAK-KANAK LEBIH SELAMAT DI JALAN RAYA. TEKNOLOGI ADAS, GPS DAN KAMERA

Honda baru-baru ini membangunkan satu robot kecil yang berfungsi mengingatkan mereka supaya melintas jalan dengan selamat. 

Dikenali sebagai Ropot, peranti yang dipasang pada beg galas kanak-kanak dengan saiz dan bentuk seperti sebuah kamera GoPro itu mempunyai ekspresi wajah yang comel. Ropot mengadaptasi teknologi ADAS yang diambil daripada kenderaan. 

Apabila berada di simpang jalan, Ropot akan bergetar seperti jam pintar serta membuatkan kanak-kanak melihat ke kiri dan ke kenan sebelum melintas jalan. 

Peranti itu juga memiliki sensor pengesan kenderaan dan berupaya menghantar maklum balas sebagai amaran tambahan.

Ibu bapa atau penjaga boleh menetapkan laluan pada Ropot yang dilengkapi GPS dengan lokasi-lokasi getaran perlu dibuat. 

Dipadankan dengan aplikasi telefon pintar, ibu bapa boleh memantau laluan dengan anak mereka dan memastikan ia berfungsi sebaiknya.

Lebih menarik lagi, ibu bapa boleh melihat di mana anak mereka berada menerusi aplikasi berkenaan. 

Di Jepun, murid sekolah rendah biasanya berjalan kaki ke sekolah dan mereka agak cuai ketika berada di jalan raya.  

Honda sudahpun menjalankan ujian ke atas prototaip Ropot. Ia mendapat maklum balas positif daripada kanak-kanak dan ibu bapa. Sama ada Ropot akan dikomersialkan, masih terlalu awal untuk dinyatakan. 

Google ads
Back to top button