Buletin

UMWT PANGGIL SEMULA VIOS, ALTIS, ALPHARD & YARIS UNTUK TUKAR INFLATOR BEG UDARA

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) memanggil semula model-model seperti Toyota Vios, Corolla Altis, Alphard dan Yaris.

Panggilan semula itu dibuat bagi menukar modul inflator pada sistem beg udara SRS pemandu dan penumpang hadapan. Berdasarkan kepada maklumat yang diterima oleh Toyota Motor Corporation (TMC) sebanyak 80,000 unit kenderaan terjejas.

Toyota-Yaris-recall-mekanika

Ia melibatkan kenderaan yang dikilang di antara Oktober 2007 hingga Disember 2011 dan diedar oleh UMWT. Namun begitu, unit-unit yang diimport dan dijual oleh pihak lain tidak termasuk dalam angka tersebut.

Panggilan semula ini merupakan lanjutan daripada pengumuman TMC bahawa terdapat kenderan tambahan yang mengalami kerosakan modul inflatir sistem beg udara. Kerosakan tersebut berlaku kerana komponen dorongan mengalami penyusutan akibat terdedah kepada kelembapan dan suhu dalam tempoh yang lama.

Ia akan menyebabkan modul tersebut retak. Sekiranya beg udara diaktifkan, serpihan logam akan menembusi beg udara dan boleh mengakibatkan kecederaan atau kematian.

Toyota-Altis-recall-mekanika

TMC kini sedang berusaha untuk mendapatkan alat ganti. Sebaik sahaja ia diperolehi, UMWT akan memaklumkan kepada pemilik dan meminta mereka untuk membawa kenderaan masing ke pusat servis bertauliah Toyota. Penukaran komponen berkaitan akan mengambil masa kira-kira satu hinga tiga jam. Semua kos akan ditanggung oleh UMWT.

UMWT juga sedar bahawa pelanggan yang bukan pemilik pertama mungkin tidak dapat dihubungi. Jadi, pemilik kenderaan diminta menghubungi mana-mana pusat servis Toyota atau telefon talian 1800-8-TOYOTA (869682).

Panggilan semula ini turut melibatkan unit yang diimport dan dijual oleh pengimport bebas. Namun, keutamaan akan diberi kepada pelanggan UMWT.

UMWT sudah mengemas kini pangkalan data VIN dan para pelanggan boleh melayari laman web: https://toyota.com.my/aftersales-services/special-service-campaigns untuk mengetahui status kenderaan mereka.

Google ads
Back to top button