Motosikal

BMW R nineT Scrambler – RM92,900

BMW Motorrad Malaysia semalam memperkenalkan motosikal terbarunya, BMW R nineT Scrambler. Menjadi ahli terbaru dalam segmen Heritage BMW R nineT Roadster, ia ditawarkan pada harga RM92,900 seunit.

Sejarah BMW Motorrad berakar umbi dalam konsep Scrambler. Pada tahun 1951, BMW R 68 telah dipersembahkan di International Bicycle and Motorcycle Fair IFMA di Frankfurt dengan ekzos 2-dalam-1.

BMW-R-nineT-Scrambler-2016-mekanika (1)

Hingga ke hari ini, sesetengah pemilik motosikal BMW Motorrad klasik pasca perang dunia masih menyukai rekaan ekzos gaya Scrambler ini.

“BMW R nineT Scrambler baru menghidupkan kembali era Scrambler dengan cara yang begitu istimewa. Reka bentuk motosikal ini digabungkan dengan teknologi dan kualiti yang sememangnya selari dengan jenama BMW,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Malaysia, Han Sang Yun.

BMW R nineT Scrambler
BMW R nineT Scrambler

Jenama BMW Motorrad nyata mengalami perkembangan memberangsangkan di Malaysia. Sehingga September 2016, BMW Motorrad telah menyerahkan lebih 850 unit motosikal, peningkatan sebanyak lebih 15 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Lampu depan klasik berbentuk bulat yang merupakan ciri utama jentera ini. Kluster instrumen bersepadu menampilkan speedometer klasik dengan paparan analog. BMW R nineT Scrambler turut dilengkapi paparan LCD yang memaparkan maklumat penting seperti masa dan jarak perjalanan.

BMW-R-nineT-Scrambler-2016-mekanika (8)

Tempat duduk pembonceng boleh ditanggalkan. Selari dengan ciri tunggangan aktif, , geometri sistem gantungan Scrambler direka untuk pengendalian dan tindak balas membelokan yang neutral.

Di samping kualiti pengendalian yang bagus, gaya tunggangan santai merupakan salah satu daripada ciri penting yang perlu ada pada sebuah Scrambler. Jadi, ergonomik hendal, pelana dan pemijak kaki telah diperkemaskan untuk memberikan posisi tunggangan yang lebih menegak.

BMW-R-nineT-Scrambler-2016-mekanika (4)

BMW R nineT Scrambler dijana oleh enjin boxer dua silinder yang dipasang secara melintang. Dengan kapasiti 1,170 cc, ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 110hp dan tork maksimum 116Nm. Dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan, enjin itu mencatat penggunaan bahan api sekitar 5.3 liter untuk setiap 100 kilometer.

BMW R nineT Scrambler didatangkan dalam warna Monolith metallic matt. Model edisi terhad Hand Brushed Aluminium Fuel Tank dengan Visible Weave Weld jugasudah boleh dibeli. BMW R nineT Scrambler akan dipamerkan pada acara Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP 2016) hujung minggu ini dil Litar Sepang.

Google ads
Back to top button