Buletin

MAZDA CX-5 GENERASI BARU

Sejak diperkenalkan di pasaran tempatan pada tahun 2012, SUV Mazda CX-5 pantas menjadi model terlaris Bermaz Motor.

Momentum populariti itu diteruskan menerusi penawaran varian-varian baharu seperti 2.5 liter, versi CKD, facelift dan diesel. Kini, CX-5 bakal memasuki generasi baharu dan dijangka melakukan premiere di peringkat dunia pada acara Los Angeles Auto Show 2016, 16 November depan.

Dalam satu kenyataan ringkas, Mazda menyatakan bahawa pihaknya telah menambah baik segala aspek SUV kompaknya itu. Ia merangkumi aspek reka bentuk yang masih berpaksikan KODO — Soul of Motion dan teknologi demi memberi satu dimensi baru kepada keseronokan memandu.

Seperti yang boleh dilihat pada siluet di atas, CX-5 jelas mempunyai penampilan yang lebih tajam dan dinamik. Profail tubuhnya kini juga lebih rendah dan mantap.

Mazda masih banyak berahsia tenatang perincian CX-5. Tetapi besar kemungkinan SUCV tersebut akan terus menggunakan enjin petrol 2.0 dan 2.5 liter, selain enjin diesel 2.2 liter sedia ada. Pacuan roda pun sama, roda hadapan atau pacuan semua roda.

Pastinya Mekanika Malaysia akan memberi maklumat lanjut sebaik sahaja ia didedahkan nanti. Tunggu..

Google ads
Back to top button