Artikel PilihanMotosikal

UNDANG-UNDANG BARU PENGGUNAAN WINGLET PADA MOTOGP KINI DIPERKETATKAN

Peralatan aerodinamik yang digunakan pada bahagian fairing jentera MotoGP dimestikan mematuhi peraturan baru yang lebih ketat pada musim 2019. Rekaan sekarang bagaimanapun masih dibenarkan cuma beberapa perkara mesti dipenuhi dan diluluskan oleh Pengarah Perlumbaan.

Pihak MotoGP kini meluluskan undang-undang baru yang lebih ketat berkaitan penggunaan peralatan yang membantu aerodinamik untuk musim hadapan. Sebagaimana dilaporkan pada Mei lepas, MSMA (Manufacturer’s Asscociation) tidak mengharamkan terus penggunaan winglet tetapi pemasangannya mesti mematuhi beberapa had dan dimensi yang dibenarkan.

Setiap fairing jentera juga mesti digunakan dalam satu konfigurasi sahaja tanpa mana-mana bahagian dikeluarkan ataupun ditukar ganti. Rekaan fairing asal seperti musim ini bagaimanapun masih dibenarkan digunapakai.

Peraturan sekarang tidak membenarkan penggunaan winglet tradisi tetapi membenarkan penggunaan peralatan (sambungan) lain untuk membantu downforce. Ia bagaimanapun mesti diintegrasikan  dengan fairing atas faktor keselamatan.

Namun begitu buat masa sekarang, peraturan tidak menyebut tentang ukuran ataupun dimensi dan ia bergantung kepada Pengarah Teknikal MotoGP Danny Aldridge untuk memutuskan jika ia boleh diguna pakai.

Tambah menyulitkan lagi bila material yang digunakan boleh ditanggalkan dari fairing bergantung kepada keadaan dan permukaan litar. Itulah juga sebabnya kenapa jentera yang kita lihat berbeza-beza rupanya mengikut litar tertentu.

Syarikat pengeluar motosikal sebelum ini telah mengambil peluang untuk menghasilkan beberapa peralatan berbeza yang boleh ditukar ganti untuk mendapatkan tetapan yang paling optimum untuk litar tertentu.

BACA: YAMAHA SAH JALIN KERJASAMA DENGAN SIC – ANGEL NIETO UNTUK MOTOGP 2019

Kini kelebihan tersebut telah ditutup dan setiap pelumba cuma mempunyai satu fairing standard dan satu lagi fairing dengan winglet untuk musim 2019. Tiada lagi pertukaran fairing dan peralatan yang boleh dipasang dan ditanggalkan untuk membantu aerodinamik. Apa yang anda lihat pada awal musim akan dikekalkan sehinggalah mereka melakukan proses naik taraf tunggal dalam satu musim, demikian jelas Aldridge.

Sebelum ini menurut Aldridge, beliau terpaksa menjawab soalan daripada semua pengeluar tentang pengubahsuaian yang dibenarkan untuk aerodinamik. Kadang-kadang ia menyebabkan beliau terpaksa mengulang jawapan yang sama berulang kali. Kini mereka mengeluarkan buku panduan untuk memaklumkan kepada pengeluar tentang dimensi dan syarat-syarat yang harus mereka ikuti.

Kalau nak diambilkira, bentuk winglet MotoGP ini banyak diilhamkan oleh syarikat Ducati dan juga Yamaha. Mungkin tidak banyak perbezaan dari segi rekaan untuk musim yang akan datang.  Kalau ada perbezaan pun mungkin disebabkan mereka menemui rekaan yang lebih baik, sambung Aldridge.

Google ads
Back to top button