Motosikal

ULANG TAHUN KE-70 – NAZA PREMIRA ANJUR PERHIMPUNAN VESPA TERBESAR DI PUBLIKA

Sempena sambutan ulang tahun ke-70 Vespa pada tahun ini, pengedar rasmi Vespa di Malaysia, Naza Premira akan menganjurkan satu karnival yang turut dikenali ebagai Perhimpunan Terbesar Vespa.

Perhimpunan itu akan berlangsung pada 19 November 2016 (Sasbtu) mulai jam 11 pagi hingga 9.30 malam bertempat di Publika Shopping Gallery.

vespa-70th-anniversary-2016-mekanika-4

Bagi meraikan warisan jenama tersebut, kawasan Boulevard Publika akan mempamerkan pelbagai model klasik Vespa, lengkap dengan latar sejarahnya sekali. Tidak ketinggalan, satu dinding foto yang mengambil inspirasi kopitiam Melaysia turut disediakan.

Lebih menarik lagi, satu konvoi terbesar Vespa juga bakal diadakan. Dianggar melibatkan kira-kira 500 buah Vespa, konvoi tersebut bermula dari Naza Automall dan akan memasuki beberapa kawasan menarik di Kuala Lumpur sebelum berakhir di Publika.

BACA – KENAPA VESPA BEGITU ISTIMEWA

BACA – PROMOSI VESPA SPRINT ADVENTURE

BACA – PRMOSI AKHIR TAHUN VESPA MALAYSIA

Pemilik dan pembonceng Vespa yang sudah mendaftar akan menerima barangan eksklusif Ulang Tahun Vespa ke-70 yang tidak dijual di mana-mana. Power!

Tidak perlu bimbang tentang tempat parkir kerana ia sudah diuruskan. Anda juga boleh melihat secara dekat tiga unit model Ulang Tahun Vespa ke-70: Vespa GTS, Vespa PX dan Vespa Primavera. Model Vespa Sprint ABS dan Vespa Primavera ABS yang telah dinaik taraf untuk tahun 2016 serta varian Vespa Sprint Adventure yang diperkenalkan baru-baru ini.

vespa-70th-anniversary-2016-mekanika-3

Hadirin juga akan dihiburkan dengan persembahan artis-artis popular seperti Amy Search, Maha Jefry dan Tasha Aleia. Penampilan selebriti seperti Joey G dan Nabila Huda pun ada.

Untuk memeriahkan lagi suasana, pelbagai aktiviti bakal dijalankan. Selain banyak warung untuk menjamu selera, aktiviti seperti mengecat muka, air-brush tattoo dan permainan ada disediakan.

Bagi yang bertuah, ada hadiah untuk anda. Cabutan bertuah menawarkan hadiah-hadiah hebat seperti Vespa S125, jaket kulit Vespa dan banyak lagi.  Cerita banyak tak guna, memang kena pergi ni!

Google ads
Back to top button