Motosikal

VESPA S125 – RM12,500!

Naza Premira Sdn. Bhd. (Naza Premira) menambah tawaran model skuter Vespa kepada pengguna tempatan menerusi pengenalan Vespa S125 pada hari ini.

Vespa-S125-mekanika (10)

Vespa S125 dilihat sebagai model yang meneruskan warisan model-model lagenda seperti Vespa 50 Special dan Vespa Primavera.

Harus tahu bahawa ini merupakan Vespa paling kecil dan sporty. Rekaan minimalisnya dapat dilihat dengan jelas menerusi lampu utama berbentuk empat segi. Di samping garis badan, mudguard dan profail pelana yang tersendiri. Semua itu disempurnakan lagi dengan penyerap hentak berwarna merah dan instrumen panel baharu.

Vespa-S125-mekanika (17)

Paling menarik pastinya enjin yang digunakannya. Skuter moden klasik ini dijana oleh enjin pancitan terus empat lejang bersesaran 124cc tiga injap. Enjin ini menjanjikan penjimatan bahan api 50 sehingga 55km untuk setiap liter petrol. Jimat betul!

Untuk menawarkan maklum balas tork dan pecutan yang lebih baik, saiz gerek dan lejang enjin telah dikurangkan. Sementara sistem pemasaan yang inovatif menambah baik campuran bahan api/udara untuk proses pembakaran yang lebih efisien.

Vespa-S125-mekanika (6)

Vespa S125 dilengkapi penghidup elektrik jenis free-wheel yang lebih senyap dan cekap. Klac centrifugal kering automatik telah dikaliberasi untuk memaksimumkan prestasi dan penjimatan, terutama pada kelajuan rendah.

Vespa S125 boleh menjadi milik anda pada harga RM12,462 (harga tunai di atas jalan, termasuk GST dan insurans).

Vespa-S125-mekanika (16)

Jentera ini diposisikan sebagai skuter entry level untuk Vespa selepas model LT150 ditamatkan produksinya. Ia diletakkan di bawah model-model seperti Primavera yang berharga RM15,200 selain LXV 150 (RM15,200),  Sprint 150 (RM16,822), GTS 150 (RM18,779) dan GTS 300 Super Sports (RM35,811). Semua harga di atas jalan termasuk insurans.

Ia juga hadir bersama jaminan kilang selama dua tahun dan keahlian AAM Bikes Assist selama setahun. Bukan itu sahaja, 70 unit pertama Vespa S125 akan dilekatkan dengan pelekat edisi terhad.

Vespa-S125-mekanika (13)

Vespa S125 didatangkan dalam lima warna menarik iaitu oren, merah,  hitam, putih dan kelabu. Naza Premira mensasarkan untuk menjual kurang 100 unit Vespa S125 sebulan.

GALERI

Vespa-S125-mekanika (3)Vespa-S125-mekanika (4)Vespa-S125-mekanika (5)Vespa-S125-mekanika (8)Vespa-S125-mekanika (9)Vespa-S125-mekanika (14)

Google ads
Back to top button