Motosikal

ONE MOTO ELECTA SKUTER ELEKTRIK REKAAN KLASIK. ‘KEMBAR’ VESPA?

Syarikat pemula Britain, One Moto mendedahkan skuter elektrik baharu Electa yang menampilkan rekaan mirip Vespa dan Lambretta klasik.

One Moto yang menampilkan jentera elektrik dengan rekaan klasik mampu memberi ‘nafas baharu’ terhadap pasaran Low Emission Vehichle (LEV) semakin berkembang pesat.

Skuter terbaharu itu hadir dengan lampu utama berbentuk bulat, lantai kaki melengkung dan panel badan dengan kemasan moden.

Sekali pandang, orang ramai mungkin akan tersalah sangka ia adalah skuter klasik Vespa Smallframe tahun 1960-an.

Biarpun, rupa paras agak klasik tetapi Electa dilengkapi ciri-ciri terkini seperti Bluetooth, aplikasi IoT yang didatangkan geo-fencing untuk menjejak, amaran penyelenggaraan malah analisis tunggangan.

Electa didatangkan bateri litium-ion 72V, 45Ah yang boleh dikeluarkan dan dicas secara berasingan.

Ia mampu dicas sepenuhnya dalam tempoh empat jam serta memiliki jarak perjalanan mencecah 150 km.

Skuter Electa dijual pada harga AS$4,500 (RM18,769). –rideapart

Google ads
Back to top button