VGM TAJA 100 UNIT KERETA UNTUK GPEC ASIA
Volkswagen Group Malaysia (VGM) baru-baru ini mengumumkan penglibatannya sebagai penaja kereta rasmi acara Pameran dan Persidangan Peralatan Khas Polis (GPEC) Asia 2015.
VGM bakal menaja sebanyak 100 buah kenderaan melibatkan model Volkswagen CC, Sharan dan Tiguan yang akan digunakan oleh para deligasi sepanjang tiga hari persidangan berlangsung di PWTC.
“Ketika mereka terus memastikan keselamatan negara, Volkswagen ingin memberi sokongan kepada pasukan polis dengan menawarkan kereta-kereta Volkswagen yang dilengkapi ciri-ciri kelasematan bertaraf dunia dan kejuruteraan terbaik Jerman,” kata Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller berkata,
GPEC Asia, pameran khas untuk peralatan keselamatan dalam negara dan polis itu sudah memasuki edisi keempat pada tahun ini.
GPEC Asia 2015 akan mempamerkan pertumbuhan pesat industri peralatan polis dengan mengumpulkan para pemain berprofil tinggi dalam industri kepolisan dan keselamatan di bawah satu bumbung untuk dialog strategik peringkat tinggi. Acara ini juga menawarkan peluang terbaik untuk menjalin rangkaian dan pemerolehan.
Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my